Lebih 120 peserta terdiri daripada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP), kakitangan kerajaan dan penuntut institusi pengajian tinggi terlibat menjayakan program tersebut.
Pengarah PPAP, Faridzah Jaafar berkata, bukan sekadar membaca al-Quran tetapi perlu didalami maksud, bertadabur dan berkultum.
Menurutnya, program tersebut diharapkan dapat mendekatkan al-Quran kepada umat Islam, sekali gus menjadikan perpustakaan awam negeri di seluruh Malaysia releven dalam masyarakat dan dimartabatkan sebagai ejen pendidik.
“World #QuranHour 2019 adalah satu usaha majlis pengarah-pengarah perpustakaan se-Malaysia dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
“Ia dapat menilai sejauh mana hubungan dan interaksi dengan al-Quran serta kesedaran tentang perlunya al-Quran,” katanya.
Beliau berkata, diharapkan World #QuranHour dapat dicapai dan dilaksanakan dengan berkesan di seluruh negara.
“Program sebegini boleh memupuk masyarakat mengamal dan membudayakan bacaan al-Quran setiap hari.
“Secara tidak langsung membentuk akhlak mulia dan modal insan,” katanya.