Auto ConneXion-Ford Lancar Bilik Pameran Ford 3S Terbesar di Pulau Pinang Mengikut Piawaian Global

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, baru-baru ini merasmikan pembukaan bilik pameran Ford 3S terbaharunya di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pelaburan bernilai RM16.6 juta ini membawa pembukaan bilik pameran Ford 3S terbesar di Pulau Pinang, mengukuhkan lagi rangkaian Auto ConneXion di kawasan Utara dan memperlihatkan komitmen Ford untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik kepada peminat Ford di Malaysia.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, menyatakan, “Pembukaan bilik pameran ini mencerminkan usaha kami untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan. Dengan langkah meluaskan rangkaian ini, kami dapat menyediakan pengalaman Ford yang lebih mudah diakses oleh pelanggan di kawasan utara, memastikan mereka menikmati pengalaman pemilikan yang tiada tandingan.”

Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion, turut meluahkan keterujaannya dengan pembukaan bilik pameran ini. “Kami amat teruja dengan kemudahan serba canggih ini yang dibuka untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di kawasan utara. Selain mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen trak pikap, bilik pameran baharu ini juga menunjukkan komitmen kami dalam meningkatkan pengalaman pemilikan Ford keseluruhannya. Sejajar dengan inisiatif global Ford, pelaksanaan Pengalaman Tetamu Ford di bilik pameran ini akan memberikan interaksi pelanggan yang lebih baik.”

Dengan keluasan 46,000 kaki persegi, bilik pameran ini menyediakan ruang yang lapang dan selesa, serta menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi. Pelanggan akan disambut mesra oleh penyambut tetamu sebaik sahaja tiba, manakala ruang dalam yang selesa membolehkan mereka menikmati Pengalaman Ford. Proses digital yang lancar juga memastikan kecekapan, dari pertanyaan mengenai kenderaan sehingga ke perkhidmatan selepas jualan. Bilik pameran ini turut dilengkapi dengan alat jualan digital Ford yang mempertingkatkan lagi interaksi pelanggan.

Direka mengikut identiti Ford, bilik pameran ini menampilkan enam buah kenderaan, sebuah bilik penyerahan kenderaan, 16 ruang servis dan sebuah pusat alat ganti. Ia turut dilengkapi dengan fasiliti penyelenggaraan dan pembaikan yang lengkap, bagi memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan memuaskan.

Bilik pameran 3S Auto ConneXion terbaharu ini terletak di Lot 6984, Jalan Baru, Mukim 1, 13700, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, dan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Sabtu, serta dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Perkhidmatan selepas jualan disediakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu.

Selain itu, sebuah Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kenderaan seluas 28,000 kaki persegi yang terletak kira-kira 7 kilometer dari bilik pameran ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti baik pulih badan kenderaan, semburan cat dan penggantian cermin depan. Pusat ini juga dilengkapi dengan lima ruang servis mekanikal dan kapasiti untuk menerima sehingga 20 buah kenderaan sebulan bagi kerja baik pulih badan kenderaan. Pelanggan boleh membuat tempahan perkhidmatan dengan menghubungi 019-3302536.

Sebagai sebahagian daripada pembukaan, pelanggan yang mengunjungi pusat ini pada bulan Februari boleh menikmati Pelan Servis Oval Blue Ford selama 5 tahun secara percuma, dengan penjimatan sehingga RM8,000 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sdacford.com.my atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X, atau YouTube untuk berita dan pengumuman terkini.