Astro dengan kerjasama TVS akan mengadakan ‘Konsert MeleTOP TVS’, konsert pertama yang diadakan di luar Semenanjung Malaysia. Bertempat di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) pada 17 Mei 2025, konsert ini akan disiarkan secara langsung di TVS (saluran 122) pada jam 9 malam, serta di Astro ONE dan aplikasi sooka. Ulangan konsert ini akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Mengusung tema warisan kebudayaan Borneo, konsert ini menggabungkan elemen tradisional dan moden, memberikan pengalaman muzik yang unik kepada peminat. Para penonton akan disajikan dengan persembahan hebat dari barisan artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Mimi Fly, Stacy, Floor 88, DOLLA, Sada Borneo, dan ramai lagi. Pengacara popular MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, dan Hawa Rizwana, bersama pengacara TVS Ghaz Zawawi, Cheryl Toh, dan Fattah Bolh, akan memeriahkan lagi acara tersebut.
Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, berkongsi, “Kami sangat teruja untuk membawa konsert MeleTOP ke Miri, menggabungkan artis-artis Malaysia dalam sebuah malam penuh hiburan yang meraikan kepelbagaian budaya negara. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada acara ini, termasuk TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri, dan semua warga Sarawak serta Sabah.”
Konsert ini turut disokong oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, dengan ERA Sarawak sebagai Geng Radio. Sebagai sebahagian daripada sambutan, Astro juga mengadakan acara Hello Miri dari 9 hingga 11 Mei di Permaisuri Imperial City Mall, Miri, di mana peminat berpeluang bertemu dengan artis-artis terkenal dan menikmati pratonton kandungan Astro secara langsung. Pada 9 Mei, Uji Bakat Kilauan Emas 2025 juga akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam.
Jangan lepaskan peluang untuk strim MeleTOP TVS secara langsung dengan Astro ONE atau aplikasi sooka. Nikmati lebih daripada 95 saluran hiburan untuk seluruh keluarga. Untuk maklumat lanjut atau untuk melanggan, layari www.astro.com.my sekarang!