ASMARA LOKA Platform untuk Generasi Muda Menghayati Muzik!

Fuse Creative Digital Media kini bersiap sedia untuk mempersembahkan satu acara muzik yang dinantikan ramai, iaitu ASMARA LOKA. Acara ini akan diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak, dan menawarkan pengalaman muzik yang unik dan intim bagi para penggemar.

Setelah berjaya menganjurkan acara Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh pada tahun lalu, serta menjalankan siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society di beberapa lokasi termasuk Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Dengan mengusung konsep acara muzik indoor yang tidak hanya intim tetapi juga eksklusif, ASMARA LOKA akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air, termasuk 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, dan AIZAT AMDAN. Penganjur bercita-cita untuk menjadikan ASMARA LOKA sebagai acara utama yang menyatukan penggemar muzik di Malaysia, khususnya bagi mereka yang meminati dan mengikuti trend “Galau” dan “Healing” yang kini sedang popular di media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram. Acara ini diharapkan dapat menarik perhatian generasi muda yang ingin merasakan keindahan muzik dalam suasana yang lebih dekat dan akrab.

Seiring dengan kempen Tourism Perak, yang bertajuk Travel to Perak 2024, ASMARA LOKA turut berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan bandar Ipoh, yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Creative City of Music. Dengan penganjuran acara ini, Fuse Creative Digital Media berharap dapat menarik lebih ramai belia dari seluruh negara untuk mengunjungi Perak, seterusnya meningkatkan lagi industri pelancongan dan ekonomi setempat. ASMARA LOKA bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan muzik, tetapi juga untuk memperkenalkan keunikan budaya dan keindahan yang dimiliki oleh Ipoh sebagai destinasi pelancongan.

Syahril Husny, yang dikenali dengan nama Aril, merupakan Pengarah Projek ASMARA LOKA dan menjelaskan pentingnya acara ini bagi semua pihak yang terlibat. Beliau mengungkapkan, “Sebagai wakil daripada FUSE, saya berharap ASMARA LOKA akan menjadi lebih daripada sekadar platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air. Acara ini juga diharapkan dapat menjadi titik pertemuan bagi para penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. Kami yakin bahawa ASMARA LOKA akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan membawa impak positif kepada industri pelancongan serta ekonomi setempat.”

Jualan tiket untuk ASMARA LOKA telah dibuka sejak 6 Ogos 2024 di laman web www.ticket2u.com.my, menawarkan dua kategori tiket yang menarik, RM98 untuk ZONA PATAH HATI dan RM128 untuk ZONA MATI RASA. Menariknya, dalam masa yang singkat, sebanyak 60% tiket telah terjual, menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan ini.

Sebagai respons kepada permintaan ramai dari kalangan komuniti, penganjur juga telah memperkenalkan pilihan tiket combo untuk kategori ZONA PATAH HATI. Terdapat dua pilihan menarik: “Tiket Duo” yang ditawarkan pada harga RM226 untuk dua orang, serta “Tiket Kumpulan” pada harga RM432 untuk empat orang. Penjualan bagi tiket combo ini akan dibuka mulai 11 Oktober 2024, memberi peluang kepada peminat untuk merasakan pengalaman muzik yang luar biasa secara berkumpulan.

Dengan pelbagai tawaran menarik dan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan, ASMARA LOKA dijangka akan menjadi satu acara yang meriah dan menggembirakan bagi semua. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pengalaman unik di ASMARA LOKA, di mana anda akan disajikan dengan muzik yang menyentuh jiwa dalam suasana yang intim dan eksklusif. Mari kita bersama-sama merayakan keindahan muzik dan membina kenangan indah dalam acara yang pastinya akan menjadi sorotan dalam kalendar hiburan Malaysia!

BUTIRAN ACARA

Tarikh           : 9 November 2024

Masa              : 8.00pm – 11.00pm

Tempat         : Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak

Artist             : 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, AIZAT AMDAN

 

Harga Tiket Festival            : Zona Patah Hati – RM98.00

                                               : Zona Mati Rasa – RM128.00

Laman Web Tiket Rasmi    : www.ticket2u.com.my

Penganjur                              : FUSE CREATIVE DIGITAL MEDIA

Rakan Penggurusan            : ATAS ANGIN

Disokong Oleh                      : PERAK TOURISM 

Rakan Komuniti                   : MESCO

Rakan Hotel Rasmi              : HOTEL CASUARINA

Rakan Radio Rasmi             : HOTFM

Rakan Media Digital           : ASTRO GEMPAK

Rakan Strategik                    : ANTS & BEES DAN QUENNAL