Apa ada dengan buah mahkota dewa?

BUAH mahkota dewa. Pasti ramai yang pernah mendengar nama buah berkenaan yang kerap dikaitkan dengan produk kesihatan dan kecantikan. Namun, penulis percaya, ramai yang tidak pernah melihat buah tersebut secara ‘live’.

Sebenarnya, namanya yang cantik itu sangat bersesuaian dengan bentuk dan warnanya yang kemerah-merahan. Pokoknya pula rendang dan mudah ditanam di pinggir kediaman.

Dari segi saintifiknya, buah berkenaan dikenali sebagai phaleria macrocarpa atau simalakama (Melayu/Sumatera) dan Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua New Guinea dan sudah terkenal dengan khasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal dan jantung.

Ia juga berupaya menyembuhkan penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza (selsema)

Buahnya pula berfungsi menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi ingat, bijinya adalah beracun! Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulitnya pula mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.Kali ini, Femina kongsikan cara-cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa ini:

1) Petik ketika warnanya kemerah-merahan kerana kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi.

2) Belah dua dan buang bijinya kerana ia beracun.

3) Hiris secara nipis isinya.

4) Jemur hingga kering (pastikan jemur bawah pancaran cahaya matahar kerana ia boleh mengurangkan khasiat buah ini)

5) Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Cara penggunaan:

1) Masukkan dua atau tiga keping hirisan ke dalam segelas air panas.

2) Biarkan dalam 5 minit dan minum.

#Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik dan jika anda mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari sahaja. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan. Selamat mencuba!

Potong nipis buahnya dan jemur

Potong nipis buahnya dan jemur



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *