AOS 2019 kembali menggegarkan

PEMINAT kereta dan motosikal kustom jangan lepaskan peluang memeriahkan acara tempatan tahunan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia, Art of Speed (AOS) yang memasuki edisi siri ke-8 pada 27 hingga 28 Julai depan.

Program yang akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor itu sekali lagi akan mempamerkan barisan kereta dan motosikal kustom tempatan yang diubahsuai dengan cara paling unik.

Restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah juga disediakan.

AOS 2019 akan dibuka untuk lawatan dari jam 10 pagi hingga 7 petang dengan acara tahunan itu dijangka dihadiri lebih 40,000 pengunjung bagi tempoh dua hari penganjurannya.

Menarik pada edisi kali ini, peminat kereta dan motosikal turut berpeluang bertemu dengan komuniti kustom antarabangsa seperti Shige Suganuma, Hiro Wildman Ishii dan Masakazu ‘PAN’ Sumi daripada MOONEYES.

Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate, Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019); Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor, Amerika Syarikat; Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers, Australia Christopher dan ramai lagi antara bakal berkongsi hasil ‘air tangan’.

Lebih menarik, AOS 2019 sekali lagi akan dikuasakan oleh Petroliam Nasional Berhad.

Tujuh pembina khas Malaysia dan Singapura bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000 (pilihan awam).

Mereka terdiri daripada:

  1. The Classic Garage Johor Bahru, Johor, Ravinder Singh.
  2. Naza College Motorsports Team, Shah Alam, Selangor bersama dengan ketua projek, Jagjeet Singh dan lima pelajar.3. Carazee Artwork dari Klang, Selangor, Ajie.
  3. WakSam Garage X RebanBlackbird dari Subang, Selangor, Odie dan WakSam.
  4. Kazuto Garage dari Klang, Selangor, Kazuto Soon.
  5. Faroib Autosport dari Klang, Ismail Ibrahim.
  6. Garage 63 dari Bukit Jalil, Selangor, Shawn Foo.

Selain itu, Hot Wheels dari Amerika Syarikat dengan Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels, Steve Vandervate juga akan berkunjung. Beliau akan melancarkan siri Japan Historics 3 yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 dengan tema Legendary Japanese Cars.

Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels akan mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen1 sebagai hadiah yang akan diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019.

Kolaborasi rasmi itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *