ANUGERAH BOH CAMERONIAN KEMBALI DENGAN LEBIH UMMPH DAN PEMBAHARUAN

Tiba masanya sekali lagi untuk Anugerah Seni BOH Cameronian. Dengan teater dan tapak seni dibuka semula sepenuhnya kepada orang ramai, acara ini akan menjadi sambutan paling mendebarkan bagi persembahan industri seni tahun ini.

Bagi meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di atas pencapaiannya di Hollywood, Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 memberi peluang yang dirasakan tepat pada masanya  dan sangat baik untuk ramai bakat di Malaysia.

Penggiat-penggiat seni baru juga telah membuat penyertaan bagi persembahan mereka yang  memukau. Sambutan penyertaan yang menggalakkan menyaksikan penghibur generasi baharu  akan terus dengan semangat dan antuasias yang menyala untuk seni!

Bersiap sedia untuk meraikan serta memberikan penghormatan kepada mereka yang telah bekerja dengan berani dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Anugerah Seni Cameronian  BOH ke-18 dimulakan dengan Pengumuman Calon di Performing Arts Centre Petaling Jaya  (PJPAC), 1 Utama.

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak  tiga tahun lepas (2020, 2021 & 2022) apabila industri seni terpaksa mengharungi wabak yang  telah mengubah dunia. Walau bagaimanapun, lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan yang telah diadili oleh sekumpulan juri yang hebat.

Para juri merupakan Dr Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr  Sayyid Shafiee, Tan E-Jan untuk Muzik; Alla@Azura Abal Abas, Choong Wan Chin, Foo Chi  Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail untuk Tarian; Christopher Ling,  Fazleena Hishamuddin, Dr Muralitharan Pillai, Dr Syahrul Musa, Yves Yap untuk Teater; dan  Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk Teater  Muzikal.

Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan  tarian, anugerah ini juga akan diberikan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang  bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan,  Muzik & Bunyi , Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, Jason Foo berkata, “Ia merupakan sesuatu yang  sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Cameronian kembali sebagai salah  satu acara kemuncak dalam industri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa, beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita  sebagai sebuah industri. Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul, bangkit untuk  menakluki cabaran masa lalu dan secara bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk  masa depan yang menarik. Kita ingin menyemai benih permulaan baharu, semoga Anugerah  Seni BOH Cameronian terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk  mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda.  Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan! Seperti biasa, BOH amat berbesar hati  untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah.”

Pada tahun 2020, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-17 telah diadakan secara acara talian  (maya) buat kali pertama, meraikan pencapaian tahun 2019 dan mengiktiraf produksi terbaik  untuk tahun tersebut.

Pada tahun yang sama, BOH Plantations telah membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu. Syarikat produksi ini dikenal  pasti berdasarkan sumbangan berterusan mereka kepada industri dan kerja-kerja dalam prosesnya kemudiannya telah mengalami gangguan semasa Perintah Kawalan Pergerakan  tahun tersebut.

Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 2022, Geran BOH Cameronian bernilai RM200,000 untuk Produksi Baharu telah dianugerahkan kepada 20 syarikat seni persembahan  untuk membantu membiayai kos pengeluaran produksi baharu, dalam usaha untuk memulakan  semula sektor seni dan diharapkan dapat menggalakkan syarikat produksi yang membuat acara perdana mereka. 

Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni berkata,: “Beberapa tahun kebelakangan ini banyak  menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi,  menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup. Tetapi  mereka berjaya melakukannya, beralih kepada penstriman langsung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain, sehingga akhirnya pada 2022, sektor itu mula dibuka semula dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu  untuk memulakan semula. Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai pencalonan! Oleh itu, ia sememangnya satu peristiwa yang menggembirakan bagi kami untuk  menjadi tuan rumah 18BCAA dan mengumumkan calon-calonnya”.

Tema tahun ini, A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.

Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan  mereka yang terlibat secara langsung, semangat ini mengingatkan kita semua mengapa kita  masih melakukan apa yang masih kita terus lakukan.

Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri dan bagaimana semua orang  percaya bahawa hari yang lebih baik akan datang, reka bentuk kanister teh BOH yang sangat  istimewa telah direka untuk memberikan khalayak ‘Ummph’ dan melihat lebih banyak cahayadalam apa yang mereka percayai. Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali meneruskan perjalanan. Kanister terhad akan dihasilkan  dan disediakan pada majlis anugerah.

Anugerah Seni BOH Cameronian disokong oleh penaja sejak lama iaitu, BOH Plantations, dan  BDO di Malaysia yang muncul debut sebagai Ballot Partner.

Tahun ini, A Cut Above, Inglot Cosmetics dan SUB International Beauty School, disertai oleh  SOGO akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-18 untuk memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya.

Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 14  Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre.