ANAS DINOBAT SEBAGAI JUARA GENERASI Z MUSIM KEDUA!

ANAS DINOBAT SEBAGAI JUARA GENERASI Z MUSIM KEDUA!

Petaling Jaya, 21 November 2022 – Selepas 10 minggu ditayangkan di TV3, rancangan realiti kanak-kanak Generasi Z, yang ditaja secara eksklusif oleh Multivitamin dan dihoskan oleh Scott’s Gummies, secara rasminya telah mencapai pengakhiran.

Pada Ahad lalu, finalis Generasi Z, Anas dan Sofea, dan finalis The Z Power, Marcus dan Chandler telah bertemu di dalam episod akhir Generasi Z yang bersiaran pada 20 November, jam 7.00 malam. Misi terakhir yang ditugaskan kepada finalis-finalis cilik ini adalah untuk mencari barang tersembunyi sebagai kru kapal. Bagi cabaran individu pula, Anas dan Sofea telah mengharungi cabaran fizikal iaitu “high rope”, “mini golf” dan “rock climbing”. 

Episod terakhir Generasi Z Musim Kedua menobatkan Anas (Muhammad Anas, 13, Kuala Lumpur) sebagai juara. Beliau membawa pulang hadiah istimewa set hamper barangan Scott’s, serta tiket percutian berlayar secara percuma bersama Genting Dream.

Menurut Anas, Juara Generasi Z Musim Kedua, “Saya amat gembira atas kemenangan saya kerana sejujurnya tidak menyangka nasib menyebelahi saya. Cabaran episod terakhir membuatkan saya berasa amat gemuruh kerana ianya yang akan menentukan juara musim ini”.

Bagi Anas, cabaran yang paling sukar dihadapi beliau ketika penggambaran Generasi Z adalah cabaran ketika berada di kem tentera kerana ia menguji ketahanan mental, kecergasan dan disiplin. Manakala, pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau bersama peserta lain adalah pengumuman pusingan penyingkiran pada setiap episod kerana memori pahit dan manis yang dilalui bersama akan sentiasa dikenang oleh beliau. Anas juga berharap kemenangan ini akan menjadi titik permulaan baginya untuk mengorak langkah yang besar pada masa akan datang. 

Generasi Z Musim Kedua telah menampilkan lapan Wira Z yang berumur 11 hingga 13 tahun untuk menyelesaikan cabaran-cabaran berbeza tema dari segi fizikal dan mental pada setiap episod. Lapan Wira Z yang terpilih ialah Anas (Muhammad Anas, 13, Kuala Lumpur), Damia (Nur Damia, 12 tahun, Seremban, Negeri Sembilan), Ain (Ain Insyirah, 12 tahun, Pulau Pinang), Rayyan (Muhammad Rayyan Afiq, 13 tahun, Sungai Buloh), Ayu (Ayu Raudhah, 13 tahun, Bangi), Hadif (Hadif Rayyan, 13 tahun, Klang), Sofea (Sofea Raisah, 12 tahun, Putrajaya), dan Akid (Muhammad Akid Khalish, 12 tahun, Kuala Lumpur).

Gunakan #GenerasiZ #scottsmvmmango #ScottsMy untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.