Permint Minerals Sdn Bhd (PMSB), anak syarikat Kerajaan Terengganu enggan membayar RM15.3 juta seperti diarahkan Mahkamah Rayuan kepada Golden Minerals Sdn Bhd (GMSB). Permint Minerals Sdn Bhd (PMSB) merupakan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Begitulah dakwaan Golden Minerals Sdn Bhd (GMSB) yang merupakan sebuah syarikat perlombongan bijih besi yang telah lama berurusan dengan kerajaan Terengganu. Pada tahun 2009, GMSB menawarkan kerjasama dengan PMSB. GMSB dilantik kontraktor eksklusif sdan seterusnya mendapat Sijil Kebenaran Melombong daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Pada 2012, GMSB telah memulakan kerja-kerja awalan melombong di tapak perlombongan walaupun dibantah PMSB, namun terpaksa diberhentikan selepas enam bulan kerana Sijil Kebenaran Melombong telah tamat tempoh.Bayaran tersebut bagi kerja perlombongan bijih besi di kawasan Padang Air Putih, Mukim Bandi, Kemaman, yang telah dihentikan operasi sejak 2012. Dari tahun 2009 hingga 2011, GMSB tidak mendapat dokumen kontrak kerja yang telah ditandatangani. PMSB juga ada menghantar beberapa surat kepada GMSB untuk tidak memulakan operasi melombong.
Datuk Seri R Rajagopal adalah Pengarah Urusan Golden Minerals Sdn Bhd (GMSB) telah berkata pelbagai tindakan dan usaha telah dibuat bagi mendapatkan tuntutan bayaran kerugian keuntungan bagi kerja awalan berkenaan terhadap PMSB namun menemui jalan buntu.
GMSB telah berulangkali menghantar surat, dan peringatan kepada PMSB namun tiada respon. Seterusnya GMSB telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Oleh sebab tiada tindakan dari pihak polis Dan SPRM, GMSB telah membawa perkara ini kepada pihak mahkamah.
Pada 13 September 2018 pihak Mahkamah Rayuan telah memutuskan PMSB hendaklah membayar kerugian keuntungan RM15,342,212.55 kepada GMSB.Pihak Mahkamah Persekutuan juga telah mengekalkan keputusan yang sama untuk PMSB membayar amaun tersebut kepada GMSB. Namun sehingga kini GMSB tiada menerima bayaran daripada pihak PMSB. Demikian dakwaan ketika sidang media.
“GMSB memfailkan petisyen penggulungan dan tarikh baharu pengurusan ditetapkan pada 23 Jun depan,” kata beliau.
Datuk Seri R Rajagopal juga telah berjumpa Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Timbalan Pengerusi PMINT, Datuk A Rahman Yahya pada 22 April 2019. Namun telah mendapat jawapan yang sungguh mengecewakan kerana kerajaan Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah PMSB dan tidak akan membayar kerugian keuntungan RM15.3 juta seperti arahan mahkamah.