AMIR SIAP SEDIA UNTUK MENCUBA MENJADI  SE-VERSATIL IDOLANYA!

AMIR SIAP SEDIA UNTUK MENCUBA MENJADI  SE-VERSATIL IDOLANYA!

Lelaki berusia 24 tahun itu yakin dia mampu menjadi penyanyi dan pelakon yang hebat, seperti yang ditunjukkan oleh idolanya Alif Satar.

Amir (Amir Mirza) memulakan karier dalam industri seni di sebuah pertandingan Lagu Cinta Kita Musim Ke-2dan sudah mempunyai 2 single iaitu Hadir dan Graviti. Walaupun sudah membina nama di dalam industri sebagai penyanyi, Amir ingin mencuba menjadi seorang pelakon kerana berminat dengan bidang lakonan setelah diberi peluang berlakon untuk 2 telefilem. 

Menurut Amir, “Sebelum saya menyertai FIT FOR ACTION, saya sudah ada pengalaman berlakon dalam 2 telefilem. Namun pada ketika itu saya sangat mentah dalam lakonan dan tidak mengetahui apa-apa tentang lakonan. Suatu perkara yang membuat saya ingin mencuba lakonan ialah ketika saya berlakon, saya dapat merasai menjadi seseorang yang lain dan bukan diri sendiri.”

“Saya memang nak tapau nyanyian dan berlakon sekali, tapi untuk waktu sekarang saya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lakonan sebab nyanyian boleh dikatakan benda biasa dan semakin ramai penyanyi baharu dalam industri. Berlakon adalah sesuatu yang baru buat saya, jadi saya ingin mendalami industri lakonan.”

Tambah Amir lagi, dia amat meminati Alif Satar dan menjadikan Alif sebagai idolanya. “Saya menjadikan Alif Satar sebagai idola saya kerana saya menyukai karakter dan cara pembawaan beliau dalam industri. Buat masa sekarang, saya rasa saya belum setanding dia, Alif Satar adalah seorang all rounder kerana beliau boleh menyanyi, berlakon dan mengacara. Saya ingin mengikut jejak langkah beliau.

“Saya minat untuk berlakon watak aksi seperti polis, tentera atau penjahat kerana saya sendiri mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri. Saya telah menceburi seni mempertahankan diri capoeira sejak seawal usia 12 tahun. Walaupun begitu, jika diberi watak yang lembut, saya akan menerima dan mendalami watak itu sebaik mungkin kerana saya ingin menjadi seorang pelakon yang versatil,” ujar Amir. 

Adakah Amir berjaya melayakkan diri sebagai salah seorang finalis FIT FOR ACTION? Saksikan perjalanan Amir dalam FIT FOR ACTION  pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

FIT FOR ACTION ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon-layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip. 

FIT FOR ACTION menampilkan Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama serta berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.