AEON BiG hargai pelanggan, anjur jualan ‘Orange Day’

SEBAGAI tanda menghargai pelanggan, AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG) menganjurkan ‘Orange Day Sale’ di cawangan Alamanda, Putrajaya pada Sabtu lalu dengan promosi potongan harga sehingga 80 peratus bagi semua produk terpilih.

Ketua Pemasaran AEON BiG, Nazwan Effendy Choong berkata, program tersebut adalah simbolik kepada kempen Jualan Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup baru-baru ini.

“Pasar raya AEON BiG merupakan antara peruncit pertama yang mendukung Jualan Rahmah menerusi pelbagai promosi selama tiga bulan.

“Walaupun giliran untuk menganjurkan jualan tersebut telah berakhir, kami mengambil inisiatif untuk terus memberi nilai yang terbaik kepada rakyat Malaysia dengan mengadakan jualan ‘Orange Day’.

Nazwan

Nazwan

“Program yang baru diperkenalkan ini telah berlangsung di cawangan Wangsa Maju, Ampang dan Kluang (Johor) sebelum diteruskan ke cawangan Putrajaya,” katanya pada jualan ‘Orange Day’ di AEON BiG Alamanda, Putrajaya.

Dalam pada itu, menurut Nazwan, hampir semua kategori barangan dijual pada harga promosi termasuk kelengkapan rumah, barangan dapur dan peralatan elektrik dengan potongan harga sehingga 80 peratus sepanjang kempen berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Walaupun kempen jualan ‘Orange Day’ hanya berlangsung di cawangan Putrajaya pada Sabtu lalu, Nazwan berkata, pasar raya berkenaan masih mengekalkan promosi sedia ada seperti tawaran istimewa hujung minggu dan promosi barangan terpilih di cawangan lain.

Tawaran istimewa satu hari

Sementara itu, Ketua Operasi AEON BiG, D Rajesh berkata, pasar raya itu sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan di samping memastikan promosi yang ditawarkan mengikut keperluan pengguna.

Rajesh

Rajesh

Justeru, beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk mendekati komuniti setempat agar mereka menjadikan AEON BiG sebagai pasar raya pilihan utama bagi mendapatkan barangan keperluan.

“Sebagai sebuah syarikat swasta, sememangnya hasil jualan penting untuk kami, namun bilangan pengunjung di pasar raya juga menjadi keutamaan.

“Kami sentiasa berusaha untuk menarik minat pelanggan daripada komuniti setempat dengan menawarkan pengalaman membeli-belah lebih baik dan berharap pelanggan akan kembali ke AEON BiG pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rajesh berkata, tema jualan ‘Orange Day’ dipilih bagi melambangkan warna rasmi, selain memberi tanda ingatan kepada pelanggan terhadap jenama berkenaan.

“Harapan kami agar orang ramai ingat oren, ingat AEON BiG tetapi lebih daripada itu, oren merupakan warna yang ceria dan kami harap barangan ditawarkan serta aktiviti yang dianjurkan dapat menceriakan pelanggan.

“Kami juga berharap ‘Orange Day’ boleh menjadi suatu siri jelajah dan akan diperluaskan ke cawangan lain pada masa akan datang,” katanya.

Eksklusif untuk pelanggan

Sementara itu Nazwan berkata, orang ramai yang tidak berkesempatan untuk hadir ke cawangan yang menganjurkan ‘Orange Day’ boleh merujuk laman sosial AEON BiG di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat mengenai promosi ditawarkan.

“Selain itu, katalog juga diagihkan kepada komuniti terdekat dengan sesebuah cawangan yang akan menganjurkan sebarang kempen.

“Cara ini akan menggalakkan pelanggan untuk merancang pembelian supaya tidak berbelanja berlebihan dan membazir.

Buah oren dijual pada harga RM2.90 untuk setiap lima biji.

Buah oren dijual pada harga RM2.90 untuk setiap lima biji.

“Seperti yang saya katakan, kami berharap jualan ‘Orange Day’ akan menjadi hari yang dinanti-nantikan bukan sahaja kepada pelanggan tetapi pekerja kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Sumber