OPPO Mensasarkan Kedudukan Yang Lebih Tinggi Dengan Pelancaran Siri A 2020 Dengan Hiburan Yang Menyeluruh di Malaysia.

OPPO mengekalkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar yang mendapat permintaan kedua tertinggi di Malaysia menurut laporan terbaharu oleh Canalys. OPPO antara jenama peneraju telefon pintar terkemuka di dunia, dengan bangganya melancarkan OPPO Siri A 2020 baharu di Malaysia hari ini. OPPO Siri A 2020, yang merangkumi telefon pintar OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020, adalah tawaran terbaharu jenama tersebut bagi pasaran telefon pintar peringkat pertengahan. Dengan kombinasi gabungan ciri-ciri berkualiti tinggi dan mampu milik, OPPO Siri A 2020 menawarkan lebih banyak kemungkinan berbanding sebelum ini.

“Tahun 2019 telah menjadi tahun yang menarik bagi kami, dengan identiti jenama yang baharu dan pelancaran siri Reno, kami mempunyai tahun yang penuh dengan peristiwa dan perhatian di OPPO. Kami kini beroperasi di lebih 40 buah negara dan rantau, khusus untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna kepada para pengguna di seluruh dunia dengan Siri Reno, Siri Find, dan sekarang Siri A 2020 yang baharu,” kata Nikki Chen, Pengarah Jenama OPPO Malaysia. Beliau juga menyebutkan bahawa OPPO akan menyelaraskan kesemua produk mereka ke dalam 3 barisan utama produk iaitu Reno, Find dan Siri A, yang mana masing-masing memberikan tumpuan yang teliti terhadap keperluan dan kehendak sasaran pengguna yang berbeza.

“Dengan kemunculan siri A 2020 baharu ini, kami membawakan kuad-kamera serba baharu untuk telefon pintar, audio mendalam baharu, dan bateri berkapasiti ultra besar – hanya untuk menamakan beberapa kemas kini, semuanya untuk pengalaman yang lebih menakjubkan, menyeluruh dan menyeronokkan.” tambahnya lagi.

Di Malaysia, jenama telefon pintar global ini telah bersedia untuk berkembang dan melangkah lebih jauh dengan model-model telefon yang inovatif dan ciri-ciri yang mampu menarik perhatian O-fans dan para pengguna lain. OPPO terus mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama telefon pintar yang mendapat permintaan kedua tertinggi di Malaysia untuk empat suku berturut-turut sejak Q3 2018, menurut laporan terbaharu oleh Canalys.

OPPO telah menunjukkan pertumbuhannya dari tahun ke tahun dengan jumlah penghantarannya meningkat sebanyak 23% berbanding Q2 tahun lepas, dan menjadikannya sebagai jumlah penghantaran telefon pintar kedua terpantas untuk meningkat di kalangan pesaing lain di Malaysia. OPPO Siri A 2020 baharu ini akan mensasarkan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan OPPO yang kukuh di rantau ini.

Teknologi Kamera Yang Serba Boleh Membawakan Kepada Pengguna Lebih Banyak Pilihan Fotografi

OPPO A9 2020 dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama 48MP + Lensa Ultra-Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP, manakala OPPO A5 2020 juga dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna tetapi dengan fungsi penting Kamera Utama 12MP. Ciri-ciri ini menawarkan penggunaan menyeluruh yang dapat memberikan kepuasan kepada kehendak para pengguna dalam semua sudut pengambilan gambar dan senario, termasuk fungsi Mod Malam Ultra 2.0 dan kepelbagaian gaya potret yang artistik.

Lensa utama 48MP menambahkan kejelasan imej dengan resolusi yang lebih tinggi, membantu mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas. 119° lensa ultra-lebar 8MP memberikan lebih banyak kepelbagaian dari segi komposisi dan ekspresi gambar, menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar yang besar dalam ruang yang lebih kecil. Lensa Mono dan Lensa Potret membolehkan para pengguna untuk menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil, mencipta imej yang lebih diperibadikan untuk para pengguna, menawarkan gaya baharu seiring dengan yang ditawarkan oleh jenama telefon pintar lain kini.

Mod Malam Ultra 2.0 memastikan pengurangan hingar yang cekap, manakala HDR dan Teknologi Pelbagai-Bingkai memberikan para pengguna gambar pemandangan malam yang melangkaui kecerahan dan perincian yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia, kerana manusia diproses secara berasingan dari persekitaran mereka. Wajah akan menjadi lebih cerah dan terperinci, manakala suar cahaya latar belakang berjaya dikurangkan dengan kadar yang banyak. Ringkasnya, imej kekal terang dan jelas tidak kira ketika dalam keadaan lampu bandar yang terang atau keadaan malam yang suram. Kini, Mod Malam Ultra 2.0 juga berfungsi ketika mengambil gambar sudut Ultra Lebar sekaligus dapat menangkap lebih banyak keindahan landskap bandar ketika waktu malam.

A9 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP manakala A5 2020 dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP, di mana kedua-duanya menggunakan teknologi Kecantikan AI untuk swafoto yang lebih teliti khusus untuk memenuhi keperluan pasaran dan trend kecantikan terkini. Teknologi ini secara automatik mengenal pasti tona kulit, umur, jantina dan warna kulit. Ia membezakan para pengguna untuk kecantikan yang disesuaikan. Algoritma serba baharu untuk menambah baik rupa kecacatan pada kulit dan ciri-ciri yang lebih sempurna untuk mencipta wajah tanpa solekan, membolehkan para pengguna untuk merasai versi diri mereka yang lebih baik.

Teknologi penstabilan terbaharu OPPO juga memenuhi permintaan para pengguna yang semakin meningkat terhadap video aksi berkualiti tinggi, dengan roda penimbal terbina dalam pada kedua-dua telefon pintar ini. Ini memberikan lebih kestabilan ketika membuat rakaman sewaktu berlari, berjalan, membuat kayuhan dan banyak lagi, bersama-sama dengan kesan video yang ditambahbaik yang membolehkan para pengguna untuk mencipta video sendiri dengan hanya menekan satu butang, sesuai untuk mencipta kandungan  yang menarik di dalam era aplikasi video pendek ini.

Rekabentuk Pintar Yang Menarik dan Mesra Pengguna

OPPO Siri A 2020 juga dilengkapi dengan skrin Titisan Air yang lebih padat, dengan pengurangan keseluruhan kawasan sebanyak 31.4% berbanding generasi sebelumnya, agar kelihatan lebih menarik dan lebih baik untuk pengalaman pengguna. Skrin penuh 6.5” mempunyai 89% nisbah skrin-ke-badan, di mana ia juga menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3+ yang diperkuatkan, iaitu dua kali ganda lebih keras berbanding generasi ketiga dan menawarkan rintangan yang lebih baik terhadap calar. Skrin Sinar Matahari meningkatkan kadar boleh-bacaan di bawah cahaya langsung yang kuat dan memastikan warna-warna sebenar bersinar melalui keadaan persekitaran yang bercahaya malap atau gelap, sementara penapis biru muda melegakan keletihan mata dan melindungi penglihatan mata pengguna dengan lebih baik di dalam cahaya rendah.

OPPO A9 2020 juga dilengkapi dengan ciri-ciri rekabentuk kecerunan 3D untuk kesan yang lebih berani dan menarik untuk dilihat. Dengan setiap peranti dibuat daripada empat kepingan melengkung 3D, yang kelihatan nipis dan selesa digenggam oleh tangan. Ini ditunjukkan melalui corak skala-Nano yang mencipta pelbagai tona warna, lalu menghasilkan warna-warna yang menarik dari pelbagai sudut dan pelbagai jenis pencahayaan.

Perkakasan dan Perisian Yang Cemerlang Untuk Pengalaman dan Prestasi Yang Luar Biasa

Bateri berkapasiti besar 5000mAh membolehkan penggunaan sepanjang hari, yang mampu menyokong penggunaan berterusan selama 19 jam. Bateri ini juga boleh mengendalikan pengecasan berbalik, membebaskan para pengguna tegar dan berterusan dari kebimbangan kehabisan bateri dengan cepat.

Dari segi audio, OPPO Siri A 2020 ini didatangkan dengan dua pembesar suara yang menawarkan kelantangan yang lebih tinggi dan kualiti bunyi yang lebih baik, walaupun pada kelantangan yang tinggi. Bunyi itu kedengaran lebih menyeluruh dan lebih jelas, dengan kesan bunyi sekeliling yang lebih mendalam. Kesan bunyi Dolby Atmos® digunakan untuk bunyi yang mendebarkan, video dan pengalaman permainan yang lebih menyeluruh tidak kira bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia juga menerima pengiktirafan Hi-Res Audio, memastikan kualiti bunyi yang menakjubkan, serta teknologi berarah yang mencipta pengalaman audio yang lebih mendebarkan, realistik dan menyeluruh.

Selain itu, OPPO Siri A 2020 juga memiliki prestasi berkuasa-ultra, yang dikuasakan oleh platform Qualcomm Snapdragon 655, dengan pemproses 64-bit 8-core. Jika dibandingkan dengan A7 sebelum ini yang menggunakan Snapdragon 450, CPU A9 2020 telah dipertingkatkan sebanyak 40% manakala GPUnya telah dipertingkatkan lebih daripada 100%. Bagi pengalaman permainan terutamanya, teknologi pemecut Game Boost 2.0 menawarkan Frame Boost dan Touch Boost yang dipertingkatkan, di mana kedua-duanya memberikan respon pemula permainan sepantas kilat, dengan mengurangkan sela masa dan kependaman skrin sentuh, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhannya. Frame Boost menyediakan pemantauan masa nyata bagi operasi telefon untuk menyelesaikan pendaman dan sela masa, dan juga memperuntukkan sumber untuk mengelakkan telefon daripada menjadi terlalu panas atau menggunakan kuasa yang berlebihan. Touch Boost membuat pelarasan khas kepada daya responsif skrin sentuh ketika bermain permainan, dan juga meningkatkan daya sensitiviti skrin sentuh ketika menjalankan aplikasi supaya telefon dirasakan lebih laju dan lebih responsif.

OPPO Siri A 2020 menggunakan ColorOS 6 dan Android 9.0, memberikan pengalaman visual yang lebih segar, diperhalusi dan selesa walaupun selepas penggunaan yang berpanjangan. Selain menawarkan ciri-ciri pembuka kunci cap jari dan imbasan wajah, sistem operasi ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi pintar seperti Pembantu Pintar, Mod Menunggang, Parti Muzik dan Gerak Isyarat Navigasi yang meningkatkan kemudahan pengguna, keselamatan dan keboleh-upayaan keseluruhan telefon ini.

Tambahan pula, siri ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik-detik terindah, seperti kapasiti memori tinggi 128GB/64GB dan slot tiga-kad (Dual Sim + MicroSD) yang boleh menyokong sehingga 256GB memori.

Perkhidmatan Selepas Jualan Terbaik

OPPO sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kehendak para pengguna, ia bermula dengan mencipta produk baharu dari awal seterusnya menjaga kualiti perkhidmatan selepas jualan sehingga berakhirnya perjalanan pengguna, OPPO menghargai setiap pengguna seperti VIP dengan memberikan pengalaman pengguna berkualiti premium dan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan. Sehingga ke hari ini, OPPO mempunyai sebanyak 1,191 Pusat Khidmat Pelanggan yang sah di seluruh dunia dan 20 Pusat Khidmat Pelanggan di seluruh Malaysia. Tidak kira di mana jua pelusuk benua para pengguna menjelajah, mereka masih dapat menikmati perkhidmatan pelanggan premium OPPO.

OPPO sentiasa percaya kepada pentingnya perkhidmatan selepas jualan dan sebagai salah satu langkah penambahbaikan, OPPO Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan Perkhidmatan Memperbaiki Pantas 1-Jam untuk semua peranti OPPO. Ini adalah bagi memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik dan pengalaman pengguna yang lebih berkualiti. Dengan Perkhidmatan Memperbaiki Pantas 1-Jam ini, para pengguna boleh mendapatkan telefon pintar mereka untuk diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik yang diiktiraf oleh OPPO dalam masa satu jam tanpa dikenakan sebarang bayaran baikpulih.

OPPO juga akan melancarkan Aplikasi Perkhidmatan OPPO tidak lama lagi di mana ianya merupakan penjejak perkhidmatan baikpulih yang mudah digunakan dan mesra-pengguna untuk para pelanggan. Aplikasi Perkhidmatan OPPO ini mengandungi manual pengguna, status waranti, penjejak status baikpulih, diagnosis, lokasi pusat khidmat pelanggan, mengatur tempahan baikpulih, alat ganti dan harga serta pengumuman terkini mengenai promosi atau acara yang akan datang.

Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1,199 manakala harga bagi OPPO A5 2020 adalah RM699. Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 27 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

OPPO Siri A2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.