Berita baik buat kaki runner. Bolehlah masukkan acara KamiCaring Run dalam kalendar larian 2019. Boleh tambah medal, koleksi t-shirt dan goodie bag. Yang kaki selfie, kaki event atau yang bosan terperap di rumah, bolehlah sertai KamiCaring Run.

CARiNG Pharmacy merupakan pelopor farmasi yang buat acara larian. Belum pernah lagi dalam sejarah farmasi di Malaysia mengadakan acara larian secara besar-besaran. Kiranya Caring Pharmacy perintis pertama dalam industri farmasi yang terlibat dalam mengadakan acara larian yang menjadi trend gaya hidup masyarakat sekarang.

Video promo #KamiCaring Run 2019
Yuran penyertaan Larian #KamiCaring

Dalam mempromosikan slogan “Hidup Sihat. Hidup Gembira”, CARiNG Pharmacy membawakan anda Larian #KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi. Sebagai sebuah syarikat farmasi yang berdedikasi dalam mempromosikan penyelesaian kesihatan dengan kos efektif kepada masyarakat, CARiNG Pharmacy percaya bahawa setiap orang harus memulakan langkah ke arah kehidupan yang sihat tanpa mengira batasan umur atau bentuk fizikal tubuh. Gaya hidup yang sihat akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kesihatan pada masa hadapan. CARiNG menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengambil berat ke atas kesihatan mereka dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh bermakna.

#KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run. 5KM Fun Run terbuka untuk dewasa 13 tahun ke atas, dan kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun. 12KM Competitive Run pula terbuka untuk dewasa 15 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman khusus http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal diberikan diskaun sebanyak RM5. Fi pendaftaran adalah RM60 untuk 12KM Competitive Run, RM50 untuk 5KM Fun Run (Dewasa 13 tahun & ke atas) dan RM30 untuk 5KM Fun Run (Kanak-kanak 3 – 12 tahun).

Kanak-kanak pun teruja untuk join #KamiCaring Run

Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run. Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, Hadiah pertama berupa wang tunai berjumlah RM600 berserta piala akan diberikankepada pemenang-pemenang. Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 berserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 berserta piala. Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat ke-empat hingga ke-sepuluh. Acara Cabutan Bertuah akan turut berlangsung pada hari larian tersebut. Cabutan Bertuah ini akan diumumkan pada hari larian.

Hadiah untuk semua peserta. Lucky draw pun ada tau.

#KamiCaring Run 2019 dianjurkan oleh CARiNG Pharmacy, bersama Penaja-Penaja Platinum CARiNG – Abbott, VitaHealth and Herbs of Gold; dan Penaja-Penaja Emas CARiNG – Hello March, Fisol, Salonpas, Flexijoint, L’Oreal and SunSense. Turut menjayakan acara ini adalah penaja-penaja dari Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery. Milo dan FitNesse akan menawarkan produk minuman mereka secara percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir.

Para Penaja KamiCARiNG Run

Peserta nanti tidak perlu drive kereta sendiri meredah kesesakan jalan raya. Sebab pihak Grab beri diskaun sebanyak RM5 kepada peserta dan orang ramai ke Taman Botani Perdana. Diskaun ini terhad kepada 400 pengguna yang pertama sahaja, dan ia dibiayai sepenuhnya oleh CARiNG untuk peserta dan orang ramai ke lokasi larian.

Sesiapa yang nak join segera hubungi pihak #KamiCaring Run 2019,

https://www.heyjom.com/events/details/520/-kamicaring-run-2019?

Alamat emel : register@score.my

No. telefon : 03-7726 4277

Waktu urusan : 9:00am – 6:00pm (Isnin – Jumaat)

*CEPAT!!! Dapatkan harga early bird. Tinggal 6 hari sahaja harga istimewa. Selepas itu harga akan naik.

Saiz t-shirt peserta dewasa
Saiz t-shirt peserta kanak-kanak