Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Usah pamerkan keintiman suami isteri yang melampau kepada khalayak
  • ATTRACTION

Usah pamerkan keintiman suami isteri yang melampau kepada khalayak

Helmi Aziz June 27, 2019 2 minutes read
370640.jpg

MESKIPUN sudah halal sebagai suami isteri, namun ia bukanlah tiket untuk kita menonjolkan keintiman bersama pasangan kepada khalayak ramai sewenang-wenangnya.

Pendakwah, Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid berkata, perlakuan intim keterlaluan seperti mencium bibir, peluk yang mengghairahkan dan bergambar dalam keadaan berbaring terutama dalam gambar perkahwinan sebenarnya telah menjatuhkan maruah suami isteri.

“Ia sepatutnya cukup sekadar menjadi rahsia suami isteri. Lebih menakutkan dan menjadi dosa, jika gambar intim yang keterlaluan menyebabkan lelaki serta perempuan yang belum berkahwin terangsang untuk melakukan demikian.

“Walaupun lelaki dan perempuan telah bertunang, tetap haram berbincang hal-hal yang membawa kepada yang haram,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya kelmarin.

Ciapan itu dibuat sebagai mengulas tentang perbuatan seorang artis yang berkongsi gambar intim bersama pasangannya di media sosial miliknya yang tular baru-baru ini.

Dalam hal itu, ujar Ustaz Bakhtiar Fitri, Islam sememangnya sangat menggalakkan amalan yang boleh menyuburkan perasaan kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kalian kepada isteriku.” (Riwayat Ibnu Majah)

Bagaimanapun, katanya, amalan kasih sayang itu mestilah menurut batasan yang ditetapkan agama.

“Maknanya tak semua hubungan ‘intim’ perlu dipertontonkan kepada khalayak orang ramai.

“Kerana itu, perintah kasih sayang suami isteri perlu dilaksanakan dengan rasa malu supaya tidak menjadi tontonan umum,” katanya.

Kepada pasangan suami isteri, beliau menasihatkan agar jauhkanlah diri daripada mempamerkan hubungan yang halal itu secara keterlaluan.

“Cukuplah berkongsi amalan suami isteri yang baik yang dibenarkan oleh agama,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Putih telur bagus untuk wajah
Next: Jangan culas bayar hutang

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.