Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 1,306 murid pertama alunkan surah al-Kahf
  • ATTRACTION

1,306 murid pertama alunkan surah al-Kahf

Helmi Aziz May 24, 2019 2 minutes read
326095.jpg
KOTA BHARU – Sejumlah 1,306 murid dari Sekolah Kebangsaan Datu Hashim (SKDH) Pengkalan Chepa di sini menjadi kelompok kanak-kanak pertama menggegarkan suasana World Kids #QuranHour anjuran Persatuan Rumah Ngaji di negeri ini semalam.

Pengerusi penganjur, Datuk Adnan Hashim berkata, program membabitkan penglibatan murid sekolah bermula seawal usia enam tahun (pra) sehingga murid tahun enam tersebut turut disertai para guru serta kakitangan sekolah yang serentak mengaji dan bertadabbur selama sejam.

Katanya, program dicetuskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama stesen televisyen Astro dan Kumpulan Media Karangkraf dikembangkan ke peringkat lebih besar selepas Melaka yang menjadi perintis penganjuran World Kids #QuranHour sejak dua tahun lalu.

“Selain daripada menjadi satu program perjalanan menuju ke World #QuranHour pada 30 Mei ini, World Kids #QuranHour ini sebenarnya bertujuan menanam minat dalam kalangan kanak-kanak untuk membaca al-Quran pada awal usia mereka.

Sokongan tanpa berbelah bagi ditonjolkan daripada anak-anak ini.

Sokongan tanpa berbelah bagi ditonjolkan daripada anak-anak ini.

“Dalam program ini juga sudah tentu diselitkan keterangan berkait isi kandungan surah al-Khaf ayat 1 hingga 10 yang menjadi surah pilihan untuk dibaca dan ditadabburkan pada kali ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Hari ini 22 Mei 2019 bersamaan dengan 17 Ramadan 1440H berlangsung World Kids #QuranHour secara serentak di sekolah-sekolah terpilih seluruh negara.

SKDH mengetuai sekolah di Kelantan berlangsung meriah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibu bapa dan Guru SKDH serta Guru Besar SKDH, Hamidah Che Hamid.

Hadir sama Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Sementara itu, Hamidah menyatakan berbesar hati kerana sekolah tersebut menjadi pilihan dan diberi peluang menjadi sekolah pertama menganjurkan program julung kali di Kelantan itu.

Murid yang khusus mendengar bacaan surah al-kahf bersama-sama tadabbur tentang maksud ayat 1 hingga 10 surah itu.

Murid yang khusus mendengar bacaan surah al-kahf bersama-sama tadabbur tentang maksud ayat 1 hingga 10 surah itu.

“Di sekolah ini bukan sahaja terdapat murid arus perdana dan pra, malah turut membabitkan murid pendidikan khas dan bacaan suruh al-Khaf turut diketuai murid darjah enam iaitu Muhd Arman Murshid Anuar dan Muhammad Danisg Mohd Zamri yang mengalunkan bacaan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

“Pada masa sama turut dirasmikan Rumah Ngaji SKDH yang akan menjadi pusat pembelajaran apa-apa sahaja yang berkait dengan al-Quran di sekolah ini dan akan beroperasi secara percuma kepada murid serta para guru SKDH,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cara penjagaan rambut ‘rebonding’
Next: Lailatulqadar malam teragung

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.