Hisense RoamView Tampil Sebagai Skrin Mudah Alih Untuk Gaya Hidup Moden

Hisense memperluaskan rangkaian Lifestyle Series menerusi pengenalan RoamView, sebuah skrin mudah alih yang direka untuk memberikan kebebasan kepada pengguna menikmati kandungan mengikut ruang dan aktiviti harian mereka.

Tidak seperti televisyen konvensional yang kekal di satu tempat, RoamView boleh dialihkan dari satu ruang ke ruang lain dengan mudah. Skrinnya juga boleh dipusing, dicondongkan dan dilaraskan ketinggiannya bagi mendapatkan kedudukan tontonan yang lebih sesuai.

RoamView dilengkapi bateri terbina dalam pada bahagian stand, membolehkan pengguna menikmati kandungan tanpa sentiasa bergantung kepada soket elektrik. Ia boleh digunakan ketika memasak, bersenam, bekerja, menghasilkan projek kreatif atau berehat sambil menonton kandungan kegemaran.

Sekiranya skrin ditanggalkan daripada stand, ia perlu disambungkan kepada bekalan kuasa untuk beroperasi.

Selain fungsi sebagai paparan hiburan, RoamView menawarkan pelbagai ciri yang boleh digunakan dalam aktiviti harian. Pengguna boleh mencatat idea menerusi Whiteboard, meneroka kreativiti menggunakan digital sketchpad, memaparkan karya melalui Art Gallery dan menikmati pengalaman karaoke dengan Karafun.

Bagi hiburan, RoamView menyokong penstriman 4K yang memberikan paparan lebih jelas dan imersif. Peranti ini turut mempunyai memori 8GB serta storan 128GB yang membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dan menyimpan filem, rancangan, foto serta kandungan pilihan mereka.

RoamView ditawarkan pada harga RM5,699 dan direka sebagai pilihan untuk pengguna yang mahukan sebuah skrin yang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai ruang serta keperluan kehidupan seharian.