Memiliki telefon pintar dengan teknologi terkini kini menjadi lebih mudah apabila vivo memperkenalkan pelbagai pilihan pembayaran fleksibel untuk vivo V80 Lite 5G.

Direka untuk pengguna moden yang mengutamakan prestasi, gaya dan kemudahan, vivo V80 Lite 5G hadir dengan tawaran istimewa yang membolehkan pengguna memilih pelan pembayaran mengikut keperluan masing-masing.

Menerusi pelan ansuran bank terpilih, pengguna boleh mendapatkan vivo V80 Lite 5G dengan bayaran serendah RM105.83 sebulan melalui pelan 0% selama 12 bulan, selain menikmati tambahan RM100 potongan harga.

Bagi pengguna yang mahukan pilihan pembayaran lebih fleksibel, ATOME Flexi Pay menawarkan pelan serendah RM213.16 untuk tempoh enam bulan tanpa faedah, bersama penjimatan tambahan RM120.

Pembelian melalui Shopee SPayLater pula memberikan kemudahan pembayaran selama enam bulan tanpa faedah, dengan pengguna yang membuat pembelian minimum RM1,500 berpeluang menikmati penjimatan RM150 secara terus.

Selain itu, pengguna Grab PayLater turut boleh menikmati pelan ansuran 0% selama empat bulan dengan pembelian minimum RM1,500 untuk mendapatkan penjimatan RM150.

Tidak hanya menawarkan kemudahan pembayaran, vivo turut menyediakan pelbagai manfaat tambahan termasuk rebat sehingga RM250, hadiah percuma bernilai sehingga RM466 serta perlindungan vivo Care untuk pengalaman pemilikan yang lebih yakin.

Dengan gabungan teknologi 5G, prestasi yang lancar dan ciri moden yang memenuhi keperluan harian, vivo V80 Lite 5G menjadi pilihan sesuai untuk pengguna yang mencari keseimbangan antara teknologi dan gaya hidup.

Promosi jualan pertama ini berlangsung sehingga 30 September 2026, memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan peranti ini bersama tawaran eksklusif yang tersedia.

Melalui pendekatan lebih fleksibel dan mesra pengguna, vivo terus memperluaskan akses kepada teknologi pintar untuk gaya hidup digital yang lebih mudah dan connected.