KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2026 – Konsert Kelate KL 2026 yang sepatutnya berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. Pengumuman tersebut dibuat oleh Natriya Enterprise selaku penganjur utama dengan kerjasama Ikarl Project serta sokongan Irama Entertainment. Keputusan penangguhan diambil selepas mengambil kira beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan memerlukan penyelarasan lanjut bagi memastikan keseluruhan acara dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Pihak penganjur memahami bahawa perubahan tersebut mungkin menimbulkan kesulitan kepada peminat yang telah membuat persiapan awal untuk menghadiri konsert berkenaan. Sehubungan itu, Natriya Enterprise bersama rakan kerjasama memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran, pemahaman serta sokongan berterusan daripada semua peminat dan pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut. Tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026 akan diumumkan selepas semua proses penyelarasan dimuktamadkan. Pihak penganjur akan membuat pengumuman rasmi menerusi saluran komunikasi rasmi sebaik sahaja tarikh baharu ditetapkan. Peminat disarankan untuk mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung perkembangan konsert tersebut. Bagi pemegang tiket yang telah membuat pembelian melalui platform Ilasso, pihak penganjur akan menyediakan proses pemulangan wang. Maklumat lanjut mengenai kaedah serta tempoh pemulangan wang akan diumumkan melalui saluran rasmi penganjur dan platform tiket Ilasso dalam masa terdekat. Pemegang tiket juga dinasihatkan menyimpan bukti pembelian, nombor pesanan dan maklumat tiket bagi memudahkan urusan refund. Konsert Kelate KL 2026 diwujudkan sebagai platform untuk meraikan muzik, budaya dan identiti Kelantan di Kuala Lumpur menerusi semangat “SUARO KITO, JIWO KITO – 100% ORI KELATE”. Acara tersebut turut mengetengahkan elemen warisan Kelantan seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit sebagai sebahagian daripada pengalaman budaya yang ingin diperkenalkan kepada para pengunjung. Menurut pihak penganjur, penangguhan tersebut merupakan langkah terbaik bagi memberi ruang kepada semua pihak menyusun semula perancangan dan memastikan acara dapat diteruskan dalam keadaan yang lebih teratur. Walaupun tarikh asal terpaksa ditangguhkan, semangat untuk membawa muzik dan budaya Kelantan kepada masyarakat di Kuala Lumpur tetap diteruskan. Natriya Enterprise, Ikarl Project dan Irama Entertainment turut merakamkan penghargaan kepada peminat, rakan strategik, penaja, rakan media, pihak venue, pasukan produksi serta semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Konsert Kelate KL 2026. Penghargaan turut ditujukan kepada Sony Music Malaysia dan Sentuhan Records selaku Strategic Partner, serta Molek FM sebagai Radio Official. Semua pihak diharapkan terus memberikan sokongan dan menantikan pengumuman rasmi berhubung tarikh baharu konsert tersebut. Suaro Kito, Jiwo Kito.100% Ori Kelate. PENGANJUR UTAMA:Natriya EnterprisePENGANJUR BERSAMA:Ikarl ProjectDENGAN SOKONGAN:Irama EntertainmentSTRATEGIC PARTNER:Sony Music Malaysia & Sentuhan RecordsRADIO OFFICIAL:Molek FMVENUE:Zepp Kuala LumpurTICKETING PLATFORM:Ilasso Post navigation Exists Kembali dengan Memento Mori 2.0, Bawa Gelanggang Rindu 35 Tahun ke Unifi Arena pada 8 November TV ALHIJRAH TONJOL EKSPLORASI DAN WARISAN ISLAM AFRIKA SELATAN MELALUI “BEYOND THE ROAD”