SHAH ALAM – AurumLX, jenama di bawah Aurum79 Sdn. Bhd., menetapkan sasaran untuk menjadikan pemilikan emas sebagai amalan dalam setiap keluarga di Malaysia menerusi kempen “satu keluarga satu gram emas”. Langkah itu dilihat mampu membantu masyarakat membina simpanan yang lebih kukuh untuk jangka masa panjang. Pengarah Eksekutif AurumLX, Muhamad Afif Mohamad berkata, syarikat percaya budaya menyimpan emas perlu dipupuk sejak awal kerana ia merupakan salah satu aset yang mampu mengekalkan nilainya dalam tempoh panjang. Menurut beliau, orang ramai tidak perlu menunggu sehingga mempunyai pendapatan tinggi untuk mula menyimpan emas kerana platform yang disediakan membolehkan pembelian dibuat bermula dengan nilai serendah RM10. “Yang penting ialah konsisten. Bermula dengan satu gram dahulu dan tambah sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan, sasaran untuk memiliki lebih banyak emas akan menjadi lebih mudah dicapai,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengiktirafan Syariah dan Penyerahan Sijil Kecekapan Pematuhan Pengukuran Ketulenan Emas oleh NMIM di Shah Alam. Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Syariah Aurum79 Sdn. Bhd., Dr. Mohd Shahid Mohd Noh. Afif berkata, AurumLX turut menyediakan platform digital yang memudahkan pelanggan membeli, menyimpan dan mengurus emas fizikal tanpa perlu berdepan proses yang rumit. Katanya, syarikat juga terus memperkukuhkan keyakinan pengguna dengan memastikan setiap produk emas memenuhi standard ketulenan dan kualiti melalui kerjasama bersama NMIM. Selain itu, AurumLX turut bekerjasama dengan SIRIM bagi memastikan setiap gram emas mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, selain merancang membina makmal pengujian emas sendiri bagi memperkukuhkan lagi proses pengesahan. Menurut beliau, syarikat tidak hanya menumpukan kepada jualan semata-mata, malah mahu mendidik masyarakat supaya lebih memahami nilai sebenar pemilikan emas. “Kalau ada tawaran yang menjanjikan keuntungan terlalu tinggi atau tanpa risiko, orang ramai perlu berfikir dua kali kerana itu mungkin petanda awal sesuatu yang tidak betul,” katanya. Post navigation Young Malaysians Embrace Life’s Little Wins with NESCAFÉ’s New Ready-to-Drink Range From Shopping Receipt to FIFA World Cup 2026™: Eco-Shop Sends Malaysian Fan to Witness Spain’s Historic Victory with Visa