vivo Malaysia terus memperluaskan penawaran premium mereka menerusi pelancaran siri vivo X300 baharu yang menampilkan dua model utama, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE. Dibangunkan bersama ZEISS, kedua-dua peranti ini hadir dengan keupayaan pengimejan tersendiri yang menyasarkan pencipta kandungan moden, sama ada untuk pengalaman fotografi bertaraf sinematik atau penggunaan harian dalam bentuk lebih kompak dan mudah dibawa. Sebagai model flagship utama dalam siri ini, vivo X300 Ultra direka khusus untuk pengguna yang mahukan kawalan kreatif lebih profesional dalam penghasilan foto dan video. Peranti tersebut hadir dengan ZEISS Master Lenses Collection yang membolehkan semua lensa berfungsi seperti kamera utama, selain menampilkan Dual 200MP ZEISS Cameras pada jarak fokus 35mm dan 85mm untuk pengalaman fotografi potret dan dokumentari yang lebih mendalam. Sistem tiga lensa ZEISS Master Prime yang menjadi tunjang utama peranti ini merangkumi kamera telefoto APO 85mm bertaraf gimbal, lensa dokumentari 35mm serta kamera ultra sudut lebar 14mm, sekali gus menawarkan kualiti visual bertaraf profesional dalam pelbagai situasi rakaman. vivo X300 Ultra turut memperkenalkan Pro Video Mode baharu yang menyokong rakaman 4K 120fps pada semua lensa, termasuk sokongan Dolby Vision dengan multi-focal 4K 120fps 10-bit log untuk warna lebih tepat dan julat dinamik lebih luas. Teknologi multi-focal optical image stabilisation pula memastikan rakaman lebih stabil dan lancar walaupun dalam situasi bergerak pantas. Peranti ini juga dipertingkatkan dengan pelbagai fungsi pengimejan seperti vivo Refined Portrait, Flash Portrait, Street Photography 3.0 serta Landscape Mode 2.0 yang memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna menghasilkan visual kreatif dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Bagi pengalaman fotografi jarak jauh, vivo X300 Ultra turut menyokong ZEISS Telephoto Extender generasi kedua dengan pilihan jarak fokus setara 200mm dan 400mm. Tambahan vivo Imaging Grip pula memberikan pengalaman seperti menggunakan kamera profesional menerusi kawalan shutter fizikal, tuil zoom dan butang boleh ubah suai. Peranti ini dilengkapkan dengan skrin besar 6.82 inci bersama binaan premium berinspirasikan kamera klasik, menjadikannya sesuai untuk fotografi harian mahupun penghasilan kandungan profesional. vivo X300 Ultra hadir dalam pilihan warna elegan Steppe Green dan Volcano Black. Sementara itu, vivo X300 FE pula menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi flagship dalam bentuk lebih kompak dan ringan. Dengan ketebalan hanya 7.99mm, peranti ini mudah dikendalikan menggunakan sebelah tangan sambil mengekalkan keupayaan pengimejan bertaraf profesional. Ia hadir dengan sistem kamera ZEISS yang merangkumi 50MP ZEISS Super Telephoto Camera bersama sehingga 100x hyper zoom serta sokongan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 untuk jarak fokus sehingga 200mm setara. Selain kamera utama 50MP, vivo X300 FE turut dilengkapi lensa ultra lebar 8MP yang membolehkan pengguna merakam pelbagai jenis visual daripada potret terperinci hingga landskap bergerak. Fungsi seperti Street Photography dan Stage Mode menjadikan peranti ini lebih fleksibel untuk merakam persembahan langsung dan momen spontan dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Dipadankan dengan ZEISS True Colour Display, pengguna turut menikmati pengalaman tontonan yang lebih tepat dan realistik sama ada ketika merakam, menyunting atau menonton kandungan hiburan. Bagi meraikan pelancaran siri baharu ini, vivo Malaysia turut membuka pra-tempahan untuk vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE sehingga 22 Mei 2026 dengan pelbagai ganjaran menarik. Pembeli vivo X300 Ultra akan menerima rebat tunai RM900 bersama COMAN Aluminium Photography Tripod bernilai RM299, manakala pembeli vivo X300 FE akan menikmati JBL Speaker bernilai RM299 serta vivo Buds Pro bernilai RM199. Kedua-dua model turut disertakan manfaat vivo Care termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun dan perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran purchase-with-purchase (PWP) termasuk diskaun untuk ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra serta pelbagai penjimatan tambahan di vivo Concept Stores menerusi pelan ansuran sehingga 24 bulan dengan faedah sifar peratus, diskaun bank terpilih dan pilihan trade-in untuk naik taraf lebih fleksibel. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi dan ikuti vivo Malaysia di media sosial: Laman Web: https://www.vivo.com/my Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/ Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/ Post navigation MATTA CALLS FOR UNIFIED NATIONAL EFFORT TO DRIVE ELECTRIC TOURISM VEHICLES Jangan Lepas Peluang! KL Street Arts Festival 2026 Bakal ‘Meletup’ Di Dataran Merdeka