Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Raya 2026: “Kasih Yang Tidak Bergema” oleh Sofyank
  • Entertainment
  • Filem
  • Lifestyle

Raya 2026: “Kasih Yang Tidak Bergema” oleh Sofyank

Luqman Hakim April 7, 2026 3 minutes read
Sofyank,

Canon Marketing Malaysia (Canon) dengan bangganya mempersembahkan “Kasih Yang Tidak Bergema”, sebuah filem pendek sempena Aidilfitri arahan sulung Sofyank, seorang pencipta kandungan kreatif terkenal di Malaysia. Filem ini mengangkat tema kekeluargaan, pengorbanan, dan kasih sayang yang tidak terungkap, sambil menyentuh hati penonton melalui penceritaan yang sarat dengan makna sambutan Raya.

Projek ini mencerminkan komitmen Canon dalam memupuk bakat tempatan serta memperkasakan pencipta kandungan untuk menghasilkan karya visual yang bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga dekat di hati penonton. Kolaborasi bersama Sofyank turut menyerlahkan peranan Canon dalam memacu industri kreatif negara dengan menyediakan peralatan sinematik yang membantu pembikin filem menghasilkan karya berkualiti tinggi.

Edward Chang, Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej Canon Marketing Malaysia, berkata, “Canon sentiasa percaya dalam usaha memperkasa pencipta kandungan tempatan untuk terus mencabar sempadan kreatif dan menghasilkan karya bermakna. Sokongan terhadap kemunculan sulung Sofyank sebagai pengarah adalah kesinambungan usaha kami untuk memupuk dan mengangkat bakat Malaysia ke tahap lebih tinggi. Projek ini selari dengan falsafah Kyosei kami, yang menekankan penyatuan masyarakat melalui semangat kreativiti yang dikongsi bersama.”

Buat julung kalinya, Sofyank beralih angin menjadi pengarah, mengambil tugasan lebih mencabar dengan mengarah barisan pelakon dan membentuk penceritaan berasaskan emosi berbanding kesan visual semata-mata. Langkah ini memperlihatkan dimensi baharu dalam perjalanan seninya sekaligus menyerlahkan keupayaannya menyampaikan cerita dari perspektif berbeza.

Terkenal dengan penceritaan dan kandungan berasaskan kesan visual (VFX) yang mengagumkan, Sofyank berjaya menarik pengikut yang ramai merangkumi pelbagai platform media sosial. Peralihannya daripada pencipta kandungan digital kepada pembikin filem menandakan pencapaian penting dalam kerjayanya. Baru-baru ini, beliau diangkat daripada gelaran Canon EOS Master kepada EOS Filmmaker, membolehkan beliau meneroka naratif pembikinan filem yang lebih luas serta menzahirkan emosi yang lebih mendalam melalui karya-karyanya.

Sofyank berkongsi, “Pengalaman mengarah ‘Kasih Yang Tidak Bergema’ merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi saya. Ia memberi ruang untuk saya meneroka naratif lebih mendalam dan berkembang sebagai seorang pembikin filem. Saya amat menghargai sokongan Canon yang menyediakan alatan terbaik untuk meneroka fasa kreatif seterusnya.”

“Kasih Yang Tidak Bergema” menyelami makna kasih seorang ibu yang tidak selalu dizahirkan melalui kata-kata atau belaian, tetapi hadir melalui pengorbanan dan doa. Filem ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang sering tidak disedari oleh anaknya sehingga kebenaran akhirnya terungkai. Melalui paparan kasih sayang yang dianggap kecil setiap hari, filem ini mengingatkan bahawa kasih sayang tidak semestinya diluahkan dengan kata-kata, tetapi melalui pengorbanan yang memberi makna kepada hubungan kekeluargaan.

Filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan kamera Canon EOS C50, membuktikan kehebatan teknologi pengimejan Canon dalam membantu pembikin filem mencapai kualiti visual sinematik bertaraf profesional. Kamera ini membolehkan pencipta seperti Sofyank merakam kedalaman emosi dan kecemerlangan visual yang diperlukan untuk memberikan kesan lebih mendalam kepada penonton.

Komitmen berterusan Canon dalam memupuk bakat tempatan tidak hanya tertumpu pada penyediaan teknologi canggih semata-mata. Melalui inisiatif seumpama ini, Canon membuka lebih banyak peluang kepada karyawan Malaysia untuk merealisasikan perspektif unik mereka, membawa mereka ke persada global dan memberi impak positif kepada landskap kreatif negara.

About the Author

Luqman Hakim

Author

View All Posts

Post navigation

Previous: “The Chain of Civilization” Digital Heritage Initiative Debuts Globally in Kuala Lumpur
Next: Stage 7 Success: IJN Sets New Standard in Digital Healthcare Excellence in Malaysia

Related Stories

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.