Tahun Baharu Cina sentiasa mengingatkan kita tentang perkara yang paling bermakna dalam kehidupan — rumah, kebersamaan, dan permulaan baharu. Selaras dengan semangat ini, Eastern & Oriental Berhad (E&O) menjemput orang ramai untuk menyertai sambutan musim perayaan melalui program Huat Come Home(马到东家游), sebuah acara hujung minggu yang meraikan kemakmuran bukan sahaja di rumah, tetapi juga di dalam hati. Bertemakan “kemakmuran menemui jalan pulang”, program ini menekankan impian memiliki rumah serta keceriaan menyambut Tahun Baharu Cina. Tema yang ringkas, dekat di hati, dan mudah diingati ini menyampaikan mesej perayaan yang mesra sambil selari dengan penjenamaan E&O yang menekankan kualiti.
Berlangsung dari 28 Februari hingga 1 Mac 2026, antara pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di E&O Gallery, City of Elmina, Huat Come Home menandakan sambutan Tahun Baharu Cina pertama E&O di galeri ini sejak bertapak di City of Elmina. Sambutan ini menjadi lebih istimewa kerana bertepatan dengan pelancaran bandar kediaman baharu, Seri Embun, sekali gus memberikan pengalaman “keceriaan berganda” kepada pengunjung — bukan sahaja merayakan perayaan, tetapi juga berpeluang melihat lokasi baharu yang boleh dipanggil rumah.
Sepanjang hujung minggu, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti perayaan yang sesuai untuk semua peringkat usia. Persembahan Tarian Singa Akrobatik lengkap dengan mercun akan memeriahkan suasana dan membawa tuah, manakala gerai permainan bertemakan Tahun Baharu Cina membolehkan pengunjung mengumpul mata dan menebus hadiah menarik termasuk hadiah utama dan wang tunai. Kanak-kanak pula dapat menyertai bengkel kraf tangan yang menggalakkan ikatan antara ibu bapa dan anak, seperti melukis kipas lakuer, membuat simpulan Cina, dan kraf kepala tarian singa. Selain itu, pelbagai juadah dan kudapan perayaan seperti gula tarik misai naga, muah chee, gula ketuk, tanghulu, gula kapas, dan bertih jagung turut disediakan untuk dinikmati.

Selain keseronokan perayaan, pengunjung juga diberi peluang untuk meluangkan masa dengan lebih tenang bagi membayangkan kediaman masa depan mereka. Galeri ini menampilkan model skala terperinci bandar kediaman Seri Embun, ruang rehat yang selesa, serta lawatan ke unit contoh untuk merasai sendiri susun atur dan ruang kediaman secara dekat. Seri Embun direka dengan kesejahteraan dan kelestarian sebagai teras, mencerminkan visi E&O untuk membangunkan kejiranan yang selesa, mesra keluarga, dan menyokong kehidupan seharian yang seimbang. Terletak di kawasan berbukit bersebelahan hutan simpan kekal seluas 2,700 ekar, bandar kediaman ini menawarkan pengalaman alam semula jadi, privasi, dan keselesaan jangka panjang yang sukar ditemui. Kehijauan dan langit terbuka menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian penghuninya.
Berlandaskan rumah kelab (clubhouse) dan pelbagai kemudahan luar yang memfokuskan kesejahteraan, Seri Embun dirancang untuk memudahkan penghuni hidup aktif dan sihat, sambil mengeratkan hubungan kejiranan secara semula jadi. Kemudahan yang disediakan termasuk gimnasium, kolam renang, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, laman yoga, surau, jakuzi, serta ruang landskap seperti kebun herba, gelanggang refleksologi, taman linear, dan laluan larian, menjadikan kehidupan di sini lengkap dan seimbang.
“Seri Embun mencerminkan tumpuan yang dirancang terhadap kediaman selesa jangka panjang,” kata Encik Kok Tuck Cheong, Pengarah Urusan Eastern & Oriental Berhad. “Nilai yang sukar ditemui dalam pembangunan kediaman hari ini terletak pada elemen yang tidak boleh dicipta semula: ketinggian, kehijauan kekal di sekeliling, dan skala yang membolehkan perancangan komuniti yang tulen. Seri Embun menghimpunkan semua ini dengan cara yang menyokong nilai berkekalan, bukan sekadar trend jangka pendek.”
Huat Come Home(马到东家游) menjemput orang ramai untuk menikmati hujung minggu perayaan eksklusif, merayakan Tahun Baharu Cina dalam suasana meriah dan mesra keluarga, sambil meneroka kediaman dan komuniti yang berpotensi membentuk bab seterusnya dalam kehidupan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.easternandoriental.com.