Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Zahiril Adzim Hidupkan Watak Lelaki ‘Red Flags’ Dalam Mutiara Dalam Debuan Kabus
  • Entertainment
  • News

Zahiril Adzim Hidupkan Watak Lelaki ‘Red Flags’ Dalam Mutiara Dalam Debuan Kabus

Helmi Aziz October 15, 2025 2 minutes read
VersiKedua-Landscape-1920x1080-KV-MDDK (1)

Pelakon berbakat besar, Zahiril Adzim, kembali mencuri perhatian penonton menerusi lakonannya dalam drama terbaharu berjudul Mutiara Dalam Debuan Kabus. Drama 24 episod yang kini bersiaran menerusi slot MegaDRAMA di saluran Astro RIA setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini menampilkan Zahiril sebagai Uzzam, seorang lelaki yang berperwatakan garang, sinis, dan penuh emosi terhadap pasangannya, Aslin, lakonan Emma Maembong.

Sejak tayangan episod pertama pada 6 Oktober lalu, watak Uzzam menjadi bualan ramai apabila penonton mula melabelkannya sebagai lelaki “red flags” — istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan individu yang menunjukkan ciri-ciri toksik dalam hubungan. Namun bagi Zahiril, karakter itu tidak sepenuhnya negatif, sebaliknya punya sebab tersendiri untuk bertindak sedemikian.

“Dia nampak macam lelaki red flags tapi semua tindakannya bersebab. Uzzam bertindak keras kerana kejahatan Aslin. Dia bukan kejam tanpa sebab, sebaliknya membalas apa yang patut. Uzzam bangkit dan lawan,” jelas Zahiril.

Menariknya, watak Uzzam ini amat bertentangan dengan personaliti sebenar Zahiril. Mengakui dirinya jarang marah, Zahiril berkata dia hanya tegas bila perlu, namun tidak membawa sifat tersebut ke luar set penggambaran. “Saya ni susah nak marah sebenarnya. Kalau pun marah, tinggi suara sikit je. Orang pernah pesan, jangan marah sebab kalau saya betul-betul marah, efek dia balik pada diri sendiri. Tapi untuk watak ni, saya kena jadi garang dan tegas, sebab itu tuntutan Uzzam,” katanya.

Selain cabaran emosi, Zahiril turut berdepan kesukaran dari segi teknikal, terutama ketika perlu menghafal dan melontarkan dialog panjang dalam setiap babak. “Hampir semua adegan ada dialog yang panjang. Setiap hari ada hampir 18 ke 19 scene dan semuanya panjang. Kadang-kadang tiga ke empat muka surat tanpa henti. Ia memang mencabar tapi dalam masa sama menyeronokkan,” ujarnya.

Dengan kekuatan lakonan serta jalan cerita yang sarat dengan emosi dan konflik, Mutiara Dalam Debuan Kabus dijangka terus mencetus fenomena di kalangan peminat drama tempatan. Jangan lupa untuk menonton kisah penuh misteri dan pergelutan emosi ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di Astro RIA.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mutiara Dalam Debuan Kabus: Dendam, Cinta dan Identiti yang Hilang
Next: Millenial Dangdut Karaoke Idol 2025 Tawar Peluang Jadi Penyanyi Rakaman, Irama Dangdut Kembali Dihidupkan!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.