Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Apabila Nama Mawar Disebut, Ilmu Hitam Bangkit Menuntut Dosa Lama
  • Entertainment
  • Filem
  • Movie

Apabila Nama Mawar Disebut, Ilmu Hitam Bangkit Menuntut Dosa Lama

Helmi Aziz October 15, 2025 2 minutes read
DSC05985

Setiap manusia dikurniakan akal dan diberi pilihan untuk menentukan arah hidupnya. Dalam menempuh cabaran dunia, ada yang memilih untuk berdoa dan bersabar, manakala yang lain tersesat memilih jalan gelap dengan menyerahkan diri kepada ilmu hitam demi kepentingan sendiri. Namun, hakikat sebenar kebahagiaan tidak pernah lahir dari kegelapan. Ia tumbuh daripada keikhlasan dan keberkatan yang berpaksikan kepada ajaran Tuhan.

Filem Qifarah menggambarkan realiti ini melalui kisah Mawar, seorang wanita yang sanggup memilih jalan hitam demi mempertahankan kekuasaan dan kemewahan. Dengan mengamalkan ilmu syirik dan sihir, Mawar berusaha mengawal Ghazali dan seluruh keluarganya atas nama warisan turun-temurun. Namun, setiap langkah gelap yang diambil mula membawa padah. Kedamaian bertukar menjadi huru-hara, dan rahsia lama yang disembunyikan akhirnya terbongkar satu demi satu.

Konsep “qifarah” menjadi nadi utama dalam penceritaan filem ini, menggambarkan pembalasan Tuhan terhadap dosa dan kezaliman manusia. Setiap watak dalam filem ini menanggung akibat daripada perbuatan masa lalu, menjadi peringatan bahawa setiap kesalahan pasti membawa padah cepat atau lambat. Qifarah bukan sekadar kisah seram, tetapi refleksi terhadap kehidupan sebenar yang sarat dengan pengajaran tentang dosa, penyesalan, dan keinsafan.

Di bawah arahan pengarah berpengalaman, Ghaz Abu Bakar, filem ini mengisahkan Yusoff (lakonan Remy Ishak), seorang lelaki yang pulang ke tanah air selepas bertahun-tahun menetap di Cairo untuk menziarahi ayahnya, Ghazali (lakonan Esma Daniel), yang sedang nazak. Kepulangannya membuka semula lembaran hitam masa silam, di mana kecurangan ayahnya terhadap ibunya, Nur (lakonan Vanidah Imran), telah membawa masuk Mawar (lakonan Sharifah Sakinah) ke dalam keluarga mereka. Kehadiran wanita itu menghancurkan kebahagiaan yang pernah wujud dan meninggalkan luka yang sukar diubati.

Kini menghantui pawagam seluruh Malaysia, Qifarah membawa penonton menyelami kisah sebuah keluarga yang terperangkap dalam dosa silam dan rahsia hitam yang menghancurkan kehidupan mereka. Berteraskan elemen ilmu hitam dan kepercayaan spiritual yang menyimpang, filem ini menimbulkan persoalan mendalam tentang batas manusia dalam mengejar kekuasaan dan balasan yang menanti di sebaliknya.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini serta kandungan eksklusif mengenai Qifarah, ikuti laman media sosial rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “JIKA ITU SALAHKU” CINTA TERLARANG YANG MENGUJI IMAN DAN TAKDIR
Next: Step Into Innovation: HONOR’s New Experience Store Grand Opening at Mid Valley on 17 October

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.