Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • REMY ISHAK KEMBALI GEMPARKAN LAYAR PERAK DALAM FILEM SERAM QIFARAH
  • Entertainment
  • Filem
  • Movie

REMY ISHAK KEMBALI GEMPARKAN LAYAR PERAK DALAM FILEM SERAM QIFARAH

Helmi Aziz October 13, 2025 (Last updated: October 13, 2025) 2 minutes read
Poster Rasmi Qifarah

Aura Remy Ishak sebagai “Hero Pujaan Malaya” sememangnya tidak pernah pudar. Dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu menjiwai pelbagai watak dengan penuh penghayatan, Remy kini kembali mewarnai layar perak dengan sisi yang lebih matang, misteri dan sarat emosi menerusi filem seram terbaharu berjudul Qifarah. Penampilan ini bukan sekadar kemunculan semula, tetapi juga bukti bahawa karisma dan kekuatannya sebagai pelakon masih relevan serta terus menjadi sandaran dalam industri perfileman tanah air.

Dalam Qifarah, Remy memegang watak Yusoff, seorang lelaki yang pulang ke tanah air selepas bertahun-tahun menetap di Kaherah bersama isteri dan anaknya. Kepulangan mereka ke rumah pusaka keluarga demi menziarahi ayahnya yang tenat membuka semula lembaran kisah silam yang penuh rahsia. Di sebalik kepulangan itu, tersembunyi kegelapan lama yang tidak pernah padam, menanti untuk menghantui semula mereka yang terlibat.

Watak Yusoff bukan sekadar seorang lelaki yang mencari kebenaran di sebalik misteri keluarga. Dia juga merupakan jiwa yang berperang dengan trauma dan dosa masa silam. Dalam perjalanan penuh ketakutan dan ujian, Yusoff tampil sebagai suami dan bapa yang tabah, berjuang melindungi insan tersayang daripada ancaman kuasa jahat sebelum segalanya menjadi terlalu lewat.

Menurut Remy, watak Yusoff dalam Qifarah memberikan peluang untuk menonjolkan sisi lakonan yang berbeza dan lebih mendalam. “Sudah lama saya tidak membintangi filem seram, tetapi apabila membaca skrip Qifarah, saya terus tertarik. Karakter Yusoff memiliki intensiti dan kedalaman emosi yang jarang saya bawa sebelum ini. Ceritanya gelap, seram dan penuh misteri itu yang membuat saya teruja untuk menyertai projek ini,” ujar Remy.

Menariknya, sepanjang penggambaran Qifarah, Remy turut mengalami pengalaman mistik yang tidak dapat dilupakan. “Kami menjalani penggambaran selama dua setengah minggu di sebuah rumah lama. Satu malam, ketika saya sedang menunaikan solat di tingkat atas, saya ternampak kelibat seseorang. Saya sangka kru produksi, tetapi dia berpakaian batik. Esoknya baru saya tahu rumah itu memang agak ‘keras’,” katanya sambil tersenyum, mengimbas detik yang menambah suasana seram kepada pengalaman penggambaran.

Qifarah kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, menandakan kembalinya Remy Ishak ke layar besar dalam genre yang menggugat emosi dan keberanian. Filem ini menjanjikan pengalaman seram penuh misteri, dengan lakonan mantap Remy yang sekali lagi membuktikan mengapa beliau kekal sebagai antara pelakon lelaki paling berpengaruh di Malaysia. Saksikan bagaimana Yusoff berdepan kegelapan yang menghantuinya antara realiti, dosa dan pembalasan yang tidak terelak.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BORNEO FASHION WEEK 2025 RAI KEUNIKAN FESYEN BERMAKNA
Next: Awakening Music Perkenal Jaqlyn Sebagai Artis Wanita Pertama Dengan Single Debut “This Is Who I Am”

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.