Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Media Prima & Primeworks Studios Raih Pengiktirafan Besar di FFM34
  • Awards
  • Entertainment
  • Filem
  • News

Media Prima & Primeworks Studios Raih Pengiktirafan Besar di FFM34

Helmi Aziz October 10, 2025 (Last updated: October 10, 2025) 3 minutes read
ED8G0208

Lima karya terbitan dan edaran Media Prima serta Primeworks Studios sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam dunia kandungan tempatan apabila menerima pengiktirafan berprestij di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34). Kejayaan ini menegaskan kekuatan produksi, naratif dan mutu penceritaan kedua-dua entiti yang terus berusaha mengangkat kandungan Malaysia ke tahap antarabangsa. Ia menjadi bukti komitmen Media Prima dan Primeworks Studios dalam memperkukuh daya saing industri kreatif tempatan melalui karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa mesej bermakna kepada masyarakat.

Antara karya yang menyerlah di FFM34 ialah tiga produksi TV3 iaitu Fail Mahkamah: Derita Zara, Fail Mahkamah: Rindu Tak Berpenghujung, dan Majalah 3: Nadi Peralihan Tenaga yang menampilkan kekuatan penceritaan berasaskan realiti, sarat dengan nilai kemanusiaan dan mesej inspirasi. Turut menjadi tumpuan ialah dua karya besar Primeworks Studios, Blood Brothers: Bara Naga dan Ejen Ali The Movie 2, yang berjaya mengangkat martabat filem tempatan menerusi penceritaan mantap serta visual sinematik setaraf produksi antarabangsa.

Filem animasi Ejen Ali The Movie 2, hasil kerjasama Primeworks Studios dan WAU Animation, mencipta fenomena luar biasa apabila mencatat kutipan tertinggi di pawagam tempatan. Kejayaan itu diteruskan di FFM34 dengan tiga pencalonan utama iaitu Skor Muzik Asal Terbaik untuk Azri Yunus dan Hakim Kamal, Kesan Khas Visual Terbaik untuk Faiz Hanafiah dan Naim Sarip, serta Penataan Bunyi Terbaik yang diwakili oleh Fadhil Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa dan Qayyim Zamani.

Sementara itu, Blood Brothers: Bara Naga terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios terus menjadi antara filem paling berpengaruh tahun ini dengan pencalonan dalam pelbagai kategori utama di FFM34. Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini bukan sahaja mencatat kejayaan box-office, malah menerima pujian meluas daripada pengkritik dan penonton. Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik menjadikannya antara karya paling dominan dalam edisi kali ini.

Dalam kategori dokumentari, Fail Mahkamah: Derita Zara menonjol dengan penceritaan berani tentang perjuangan seorang wanita menuntut keadilan dalam sistem perundangan yang mencabar. Karya ini dicalonkan bagi kategori Dokumentari Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan realistik dan nilai kemanusiaan yang diketengahkan. Fail Mahkamah: Rindu Tak Berpenghujung pula menyentuh emosi penonton dengan naratif yang jujur serta penuh empati, sekali gus turut menerima pencalonan untuk Dokumentari Terbaik di FFM34. Sementara itu, Majalah 3: Nadi Peralihan Tenaga pula memberikan perspektif informatif mengenai strategi tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan mampan negara, sekaligus mengukuhkan reputasi rancangan ini sebagai penerbit kandungan berkualiti tinggi.

Kejayaan Media Prima dan Primeworks Studios di FFM34 membuktikan dedikasi berterusan dalam memperkukuh landskap kreatif negara. Setiap karya bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan semata-mata, tetapi turut menjadi medium untuk menyampaikan mesej bermakna dan inspirasi kepada masyarakat.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-34 akan berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.30 malam, menampilkan persaingan hebat antara karya terbaik tanah air. Acara berprestij ini akan disiarkan secara langsung di TV2 RTM dan saluran rasmi YouTube FINAS, memberi peluang kepada penonton seluruh negara untuk menyaksikan detik bersejarah dalam meraikan bakat dan dedikasi penggiat seni Malaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Johor Bahru Dominates Malaysia’s Property Scene at the 12th PropertyGuru Asia Awards
Next: RadjaWali Terbang Tinggi: Konsert Gempak di Idea Live Arena 2026

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.