Peminat K-drama pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyelami sisi gelap dunia yang jarang didedahkan kepada umum. Drama bersiri terbaharu dari Korea, The Defects, kini boleh distrim di Tonton dan ditayangkan serentak bersama siarannya di Korea Selatan.
Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Yum Jung-ah, Won Jina, Choi Young Jun dan Kim Jin Young (DEX), dan menjanjikan kisah yang sarat dengan emosi, konflik yang mencengkam serta persoalan moral yang menguji sisi kemanusiaan.
The Defects merupakan drama aksi thriller yang menceritakan tentang sekumpulan kanak-kanak yang diambil secara haram oleh ibu bapa angkat mereka dan kemudiannya terperangkap dalam jaringan pemerdagangan manusia. Di sebalik sindiket ini berdiri Kim Se-Hee (lakonan Yum Jung-ah), seorang doktor terkenal yang juga pengarah sebuah hospital ternama, namun sebenarnya mengetuai organisasi pengambilan anak angkat secara haram bersama Jung Hyeon (lakonan Kim Jin Young).

Antara sistem kejam yang diwujudkan sindiket ini adalah “jaminan pemulangan,” di mana kanak-kanak yang tidak memenuhi kehendak ibu bapa angkat mereka boleh “dipulangkan”, sekali gus menghapuskan masa depan mereka. Dalam situasi yang penuh kezaliman ini, muncul Kim A-Hyeon (lakonan Won Jina), seorang mangsa yang berjaya melepaskan diri dan kini bangkit untuk menyatukan anak-anak lain demi menuntut kembali kehidupan mereka serta membalas dendam terhadap pengkhianatan yang telah memusnahkan hidup mereka.
Drama ini diadaptasi daripada webtoon popular yang pernah mencipta fenomena dan menerima pengiktirafan menerusi anugerah “Best Creative Award” dalam kategori Webtoon di International Content Market SPP 2017. Anugerah ini menjadi bukti kukuh terhadap kekuatan jalan cerita dan mesej mendalam yang dibawakan oleh karya asalnya.
Kemunculan The Defects turut menjadi titik penting bagi DEX, yang kembali ke dunia lakonan melalui watak dalam drama thriller ini. Sebagai bekas anggota tentera khas dan selebriti realiti yang dikenali ramai, kehadiran DEX dalam drama ini pasti menarik perhatian peminat serta menampilkan sisi berbeza daripada dirinya yang sebelum ini lebih dikenali dalam dunia hiburan realiti.

Strim The Defects sekarang di Tonton. Episod baharu akan disiarkan setiap Isnin dan Selasa pada jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea bermula 21 Julai. Saksikan bagaimana barisan pelakon membawa penonton menghayati sebuah dunia yang penuh dengan misteri, penderitaan dan keinsafan yang menyentuh jiwa.
Jangan lupa juga untuk menonton penutup kisah penuh debaran dalam drama Korea yang kini menjadi bualan ramai, S LINE, yang akan menayangkan dua episod terakhirnya pada Jumaat ini, 25 Julai, jam 10 pagi, hanya di Tonton.
Untuk perkembangan terkini mengenai rancangan-rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram melalui akaun rasmi @tontonmy.