Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Impak Maksima 2 Kembali Gegarkan Litar: Legenda Permotoran, Dendam Lama & Aksi Drift Menggetarkan
  • Entertainment
  • Filem

Impak Maksima 2 Kembali Gegarkan Litar: Legenda Permotoran, Dendam Lama & Aksi Drift Menggetarkan

Helmi Aziz July 8, 2025 2 minutes read
Official Poster - Impak Masima 2

Selepas 18 tahun mengukir fenomena tersendiri dalam dunia filem tempatan, Impak Maksima kini kembali menggegar dengan sekuelnya yang lebih padat dengan aksi, emosi dan semangat sukan permotoran. Filem arahan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 17 Julai 2025 dan dijangka mencipta impak yang jauh lebih besar berbanding edisi pertama yang menemui peminat pada tahun 2007.

Impak Maksima 2 bukan sekadar menampilkan aksi kereta semata-mata, malah hadir dengan penceritaan yang lebih matang dan mendalam. Kali ini, hampir 1000 buah kereta pelbagai jenis turut menghiasi skrin, menjadikan filem ini antara naskhah paling berskala besar dalam genre permotoran tempatan. Gabungan barisan pelakon lama seperti Zul Huzaimy, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi dan Opie Zamie bersama wajah baharu yang sedang meningkat naik seperti Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey dan Riena Amirah, memberikan tenaga baharu kepada francais ini.

Penggambaran berlangsung di lokasi-lokasi ikonik seperti Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru dan Iskandar Puteri, memperlihatkan sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta majlis perbandaran tempatan. Lebih menarik, filem ini turut mendapat kepercayaan jenama-jenama besar seperti Goodyear, Petronas Syntium, Ultra Racing, Works Engineering dan WrapXpert yang menyuntik kredibiliti terhadap kualiti penghasilan filem.

Filem ini memfokuskan kepada kisah Rudy, lakonan Arfie Shah, seorang pemuda bermasalah yang akhirnya diberi peluang kedua dalam dunia permotoran oleh Abang Joe, pemilik pusat latihan drift APDCREW CIRCUIT. Di situlah Rudy belajar tentang disiplin, semangat berpasukan dan perjuangan sebenar dalam mengejar impian. Pertemuannya dengan Gia, seorang gadis yang punya latar berbeza, mencetuskan konflik cinta, dendam dan cabaran baharu yang bakal menguji segala prinsip yang dipegangnya.

Dalam dunia drift yang penuh tekanan, muncul pula watak antagonis Ray, lakonan Zul Huzaimy, yang membawa dendam lama terhadap Abang Joe. Pertarungan di litar menjadi lebih sengit apabila Ray meletakkan nasib APDCREW sebagai taruhan dalam perlumbaan. Mampukah Rudy menebus kesilapannya? Adakah Abang Joe mampu mempertahankan legasi dan pusat latihannya daripada jatuh ke tangan musuh?

Dengan gabungan elemen drama, aksi dan tema kekeluargaan, Impak Maksima 2 menjanjikan pengalaman sinematik yang penuh adrenalin dan emosi. Ia bukan sahaja menjadi sebuah filem aksi permotoran biasa, tetapi naskhah yang menyuntik nilai harapan dan peluang kedua dalam hidup. Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem tempatan paling dinanti ini bermula 17 Julai 2025 di pawagam seluruh negara.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Amir Masdi Buka Kisah Hati Sebenar Menerusi “Bakal Kekasih”
Next: vivo X200 FE Now in Malaysia: RM2,999 Flagship with ZEISS Camera and Free Gifts Worth RM1,556!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.