Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • DOLLA Gegar Kembali Dengan ‘MWA!’ Raih Perhatian Peminat Antarabangsa
  • Entertainment
  • Music

DOLLA Gegar Kembali Dengan ‘MWA!’ Raih Perhatian Peminat Antarabangsa

Helmi Aziz May 29, 2025 (Last updated: May 29, 2025) 3 minutes read
IMG_5868 (3)

Kumpulan gadis sensasi Malaysia, DOLLA, kembali menghangatkan industri muzik tempatan dan antarabangsa menerusi single terbaharu mereka berjudul “MWA!”, selepas hampir setahun menyepi daripada radar muzik arus perdana. Kali ini, mereka tampil berani dengan suntikan rentak eksperimental berinspirasikan Brazilian funk yang segar dan penuh berani.

Menurut DOLLA, MWA! merupakan kesinambungan kepada lagu hit mereka sebelum ini, DAMELO, namun hadir dengan nuansa Latin yang lebih tegas dan berbeza. “Kami memang peminat muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta. Dari situ datangnya ilham untuk menghasilkan lagu yang meraikan semangat Brazilian funk dalam versi M-pop,” kata mereka.

Taruhan mereka nyata membuahkan hasil. Sejak dilancarkan, MWA! berjaya mencipta impak besar apabila mencatatkan kemunculan sulung di tangga ke-6 Carta RIM Malaysia, selain meraih lebih 1 juta tontonan di YouTube hanya dalam beberapa minggu. Lagu ini juga menjadi fenomena global di media sosial, dengan peminat serta pencipta kandungan dari Brazil, Thailand, dan Amerika Syarikat turut menyertai trend tarian #MWAChallenge yang kini semakin tular.

Lebih membanggakan, video muzik rasmi MWA! turut dipaparkan secara eksklusif di papan iklan LED gergasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, menandakan kehadiran semula DOLLA dengan penuh gaya. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menganjurkan acara peminat MWA! Heist di lokasi sama dan kemudiannya di IOI City Mall Putrajaya, memberi peluang kepada peminat untuk menyertai pelbagai aktiviti interaktif.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang diterima bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh dunia. Kami berharap dapat terus mengembangkan jenama DOLLA dan membawa M-pop ke persada antarabangsa,” ujar mereka.

Sambutan luar biasa daripada peminat Brazil turut mengejutkan mereka. “Kami sangat terharu dengan komen positif yang kami terima. Sokongan daripada rakyat Brazil benar-benar membakar semangat kami. Sebagai peminat muzik mereka, sambutan ini sangat kami hargai,” tambah mereka lagi.

Gerakan tarian MWA! kini menjadi ikutan ramai penari dan pencipta kandungan global, sekaligus membuktikan bahawa muzik tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa. “Kami amat menghargai setiap sokongan yang diberikan, dan sangat teruja melihat ramai yang menyahut cabaran tarian ini. Teruskan sokongan anda!”

Sempena kejayaan Operation MWA! yang berlangsung di Bukit Bintang pada 10 Mei 2025, DOLLA kembali dengan MWA! Heist #2 yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada 25 Mei 2025. Acara ini membawa pengalaman dunia muzik video MWA! secara langsung kepada para peminat, termasuk segmen Random Dance Play untuk peminat menari dengan lagu-lagu trending kegemaran mereka.

Kemuncak acara ini adalah DOLLA: Most Wanted Ace, sebuah persembahan bakat eksklusif yang memberi peluang kepada peminat berbakat dalam tarian, nyanyian dan rap untuk menyerlah di hadapan wakil tertinggi Universal Music Malaysia. Tiga peserta terbaik membawa pulang hadiah eksklusif DOLLA sebagai pengiktirafan kepada bakat tempatan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Amsyar Lee Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Nyanyian Antarabangsa “Sing! Asia”
Next: Skyline Luge Hits 100 Million Global Rides and Celebrates with Malaysia in a Big Way!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.