Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Jom Raya Dengan Astro: ‘Meriah Lain Macam’ Tahun Ni!
  • Entertainment

Jom Raya Dengan Astro: ‘Meriah Lain Macam’ Tahun Ni!

Helmi Aziz March 20, 2025 (Last updated: March 21, 2025) 5 minutes read
rsz_astro_raya_kv_16_9

Astro menyambut Syawal dengan meriah tahun ini, menawarkan lebih 160 kandungan khas di televisyen, radio, dan platform digital untuk seisi keluarga. Tradisi iklan Raya diteruskan dengan ‘Lain Macamnya Raya’, kisah Jumaah, seorang ibu tunggal yang belajar menerima perbezaan demi kebahagiaan keluarga. Iklan ini diarahkan oleh Hyrul Anuar dan dibintangi selebriti terkenal seperti Ellie Suriaty dan Mierul Aiman.

Naib Presiden Astro, Azlin Reza Azmi, menegaskan kandungan tahun ini bertujuan menghiburkan dan menyatukan pelbagai generasi. Selain drama dan telefilem, Astro turut melancarkan dua lagu Raya khas ‘Meriah Lain Macam’ oleh Hael Husaini dan Nadeera Zaini, serta ‘Nyam Nyam Ketupat’ oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy. Agar dapat menceriakan sambutan Aidilfitri dan mengeratkan hubungan keluarga.

Astro bakal memeriahkan Aidilfitri dengan pelbagai program menarik bermula 1 Syawal. Penonton boleh menikmati 12 telefilem baharu di Astro Ria, Astro Prima, dan Astro Ceria. Astro Ria menampilkan kisah romantik dan konflik keluarga seperti Rapun, Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal, dan Dia Punya Hati. Astro Prima pula menawarkan telefilem berunsur komedi dan emosi seperti Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggan Kg Lenggong, Pajak Raya, Ayah Jangan Nangis, dan Setia di Hujung Ingatan. Astro Ceria menghiburkan penonton cilik dengan Bintang Dari Beaufort dan OSOM.

Tujuh drama Ramadan Raya turut diteruskan sepanjang Syawal, termasuk Dia Imamku, Seribu Tahun, Honey Minta Maaf, Dendam Seorang Madu, UMAR, Geng D.U.I.T, serta siri baharu First Wives daripada Astro Originals.

Program hiburan seperti MagiSiti 2025 bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Bombastika Raya: Detik Bersama, Lagenda Raya 2025, Gegar Vaganza 11 Raya, dan TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia Raya bakal memeriahkan suasana. Rancangan komedi seperti SherRina Show: Raya Kat Mana?, Healing With Zizan Raya, Rumah Bujang #Teamrayasingle, Sepahtu Kecoh Beraya, Seri Ferry Mart, Meriah Lawak Raya, dan Gerak Geri Gen Z menjanjikan gelak tawa buat seisi keluarga.

Bagi peminat sukan, Astro Arena menyajikan program khas seperti Bola Dulu Baru Kamu, Bola Itu Life, dan Rumah Terbuka Nadi Arena. Penonton juga boleh menikmati filem hebat seperti Qodrat 2 bermula 17 April 2025, filem superhero tempatan Keluang Man di pawagam 29 Mei 2025, serta filem di Astro First iaitu Harimau Merah: Konflik Bermula dan Emp4t yang mula dilanggan 27 Mac 2025.

Astro Gempak mempersembahkan pelbagai program digital menarik sempena Raya, antaranya Travel EV Balik Ganu yang menampilkan pengembaraan tiga pempengaruh pulang beraya dengan kereta elektrik, Borak Dulu Baru Kamu Raya Special bersama Datuk Syafinaz Selamat, Fadhli Masoot, dan Noki K-Clique, drama vertikal Hey! Kita Lain yang mengisahkan perjalanan empat sahabat mengejar impian, serta Reunion Raya Special menampilkan pelakon dan pengarah filem Kahar: Kapla High Council.

Astro Radio turut menyemarakkan sambutan Syawal dengan pelbagai program menarik khas buat pendengar setia. Antara program yang ditawarkan termasuk Plus One ERA, di mana pendengar berpeluang beraya bersama personaliti ERA, serta Berlagu Beraya BORNEO yang menampilkan persembahan lagu-lagu Raya daripada artis ERA Sabah & Sarawak. Selain itu, Lemang Drive Thru SINAR akan mengedarkan lemang secara percuma, Jelajah Raya Pata Timo oleh GEGAR akan berkunjung ke rumah pendengar di Pantai Timur, manakala Kad Raya ZAYAN menawarkan pertandingan mereka kad Raya dengan hadiah wang tunai serta peluang untuk dijadikan kad rasmi ZAYAN.

Astro menyambut Ramadan dan Raya tahun ini dengan pelbagai kempen istimewa. Menerusi kempen “Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One”, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM200,000, termasuk peralatan rumah, barangan elektrik, dan baucar. Tawaran ini berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April, terbuka kepada pelanggan baharu yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian, serta pelanggan sedia ada yang menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre.

Bersempena pelancaran video muzik ‘Nyam Nyam Ketupat’, peminat juga berpeluang bertemu eksklusif dengan Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy di empat lokasi terpilih. Acara ini menampilkan persembahan tarian, sesi bergambar bersama selebriti, serta pemberian cenderahati eksklusif seperti Paket Raya Astro dan kurma.

Selain itu, Pesta Meriah Lain Macam Astro bakal menggegarkan tiga lokasi utama — Suria KLCC (15-16 Mac), Dataran Merdeka (22 Mac), dan Pavilion Kuala Lumpur (23 Mac). Acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik serta penampilan selebriti popular seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Mierul Aiman, Faizal Hussein, Hael Husaini, Nadeera Zaini, dan Kamal Adli.

Untuk menambah keceriaan Raya, Astro turut memperkenalkan stiker eksklusif Raya Astro di WhatsApp yang boleh dimuat turun melalui aplikasi MyAstro.

Astro Fibre juga melancarkan kempen “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” bermula 17 Mac, menampilkan Hawa Rizwana dan Didi & Friends dalam lagu istimewa. Pelanggan boleh menikmati penstriman lebih lancar dengan tawaran WiFi Kencang 500Mbps serendah RM90/bulan. Maklumat lanjut boleh didapati di astro.com.my/fibre.

Astro Kasih terus menyemai kebaikan melalui Program Kasih Ramadan dengan menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas bersama ERA Sarawak, yang akan diadakan pada 25 Februari 2025 di Miri. Orang ramai yang ingin menyertai inisiatif ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun RHB Bank Berhad – Yayasan Astro Kasih (21412900254230).

Pada 21 Mac, Astro Kasih turut berkolaborasi dengan Radio Zayan dan Adabi untuk mengedarkan 1,500 bungkus bubur lambuk kepada warga emas dan komuniti di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih.

Inisiatif ini diteruskan di Dataran Merdeka pada 22 Mac 2025 dengan kempen RASA Bubur Lambuk Rewang Wira, yang melibatkan 50 sukarelawan Astro serta selebriti seperti Faizal Ismail, Nana Mahazan, dan Anas Tahir. Radio ZAYAN juga akan bersiaran langsung dari lokasi bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BYD Sime Motors Tawarkan Pakej Hebat untuk EV Terlaris Malaysia, BYD ATTO 3 ULTRA
Next: Raya Lebih Meriah Dengan ‘Kemas Kemas Raya’! TOP 5 CSOIAM Sajikan Persembahan Istimewa Untuk Syawal!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.