Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Rocketfuel Entertainment Perkenalkan 3 Lagu Raya Terbaru Penuh Keceriaan!
  • Entertainment

Rocketfuel Entertainment Perkenalkan 3 Lagu Raya Terbaru Penuh Keceriaan!

Helmi Aziz March 13, 2025 3 minutes read
MERIAH LAIN MACAM COVER ART (For Radio) 2

Dalam usaha memeriahkan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment sekali lagi membawa kejutan istimewa kepada peminat muzik tanah air. Bukan satu, bukan dua, tetapi tiga lagu Raya yang dijamin akan menceriakan suasana perayaan dengan melodi yang ceria, lirik yang menghiburkan, dan tentu saja, koreografi yang pasti menjadi tular. Ketiga-tiga lagu ini dijangka menjadi playlist utama sepanjang musim perayaan ini!

Lagu pertama, “Meriah Lain Macam”, adalah hasil kolaborasi antara Hael Husaini dan Nadeera. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, lagu ini sudah mendapat sambutan hangat dengan lebih 5.3 juta tontonan dan lebih 5,000 ciptaan TikTok yang menunjukkan betapa peminat tidak sabar untuk mendengarnya sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Menurut Hael Husaini, lagu ini menggambarkan kegembiraan dan kekecohan yang dialami oleh pasangan yang sibuk membuat persiapan pulang ke kampung untuk beraya. “Saya ingin mencipta lagu yang menggambarkan keterujaan pulang ke kampung, sambil menyelitkan kelucuan yang berlaku dalam perjalanan itu. Semoga lagu ini dapat menghidupkan suasana Raya kita,” kata Hael.

Jika ada satu perkara yang pasti membuatkan semua orang teruja semasa Raya, sudah tentu ia adalah makanan. Tema itulah yang membawa kepada terciptanya “Nyam Nyam Ketupat”, sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Wani Kayrie, Dinda Dania, Missalvy, dan Zizan Razak. Dengan lirik yang ceria, melodi yang catchy, dan elemen ketupat yang memikat hati, lagu ini pastinya akan menceriakan suasana dan mencetuskan “trend” tarian “Nyam Nyam Ketupat”.

“Saya sangat seronok sepanjang rakaman lagu ini. Terutama ketika penggambaran MV di mana kami bukan sahaja menyanyi, tetapi juga menari dengan rutin tarian yang sangat comel dan mudah diikuti. Apatah lagi apabila melihat Zizan Razak menari! Pasti ramai yang akan ikut serta dalam trend ini!” kata Wani Kayrie.

Lagu ketiga adalah “Dam Dim Dum Raya”, sebuah karya solo dari Nadeera yang juga menandakan kemunculan pertama beliau sebagai pencipta lagu Raya. Dengan melodi yang penuh nostalgia dan lirik yang menyentuh hati, lagu ini menceritakan detik-detik terakhir Ramadan serta keterujaan menyambut Syawal bersama keluarga dan sahabat.

“Saya sangat bersyukur dapat merakamkan dua lagu Raya pada tahun ini. Lagu ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk memperkenalkan sisi kreatif saya sebagai seorang pencipta lagu, dan saya harap lagu ini dapat memberikan sesuatu yang istimewa buat peminat,” kata Nadeera.

Dengan kemunculan tiga lagu Raya istimewa ini, Rocketfuel Entertainment telah berjaya membawa keceriaan dan kemeriahan yang lebih besar kepada sambutan Raya tahun ini. Lagu-lagu ini pasti akan menjadi teman sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, memastikan setiap detik perayaan diisi dengan muzik yang menggembirakan.

Jangan lupa untuk menantikan pelancaran rasmi kesemua lagu ini dan saksikan juga video muzik (MV) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pastikan lagu-lagu ini berada dalam senarai playlist Raya anda, dan nikmati keceriaan serta kemeriahan bersama orang tersayang.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Keberkatan Ramadan Disemarakkan dengan Hijrah Prihatin Bubur Lambuk
Next: Soma Raikan Media dengan Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Lagu ‘Aku Tetap Raya’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.