Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Astro Shaw Perkenalkan ‘Project Universe’: Pengalaman Sinematik Coming-of-Age Pertama di Malaysia
  • Entertainment

Astro Shaw Perkenalkan ‘Project Universe’: Pengalaman Sinematik Coming-of-Age Pertama di Malaysia

Helmi Aziz October 28, 2024 3 minutes read
project universe

Selepas kejayaan siri Project: High Council yang mencetuskan fenomena, Astro Shaw kini memperluas jenama Project melalui pembentukan dunia sinematik yang lebih besar, iaitu Project Universe. Dunia ini menghimpunkan kisah-kisah remaja dalam genre coming-of-age seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council, Project: Exit, dan filem terbaru Kahar: Kapla High Council yang akan menemui peminat pada November ini. Sebagai prekuel kepada Project: High Council, filem ini memfokuskan perjalanan awal watak Kahar, memberikan gambaran mendalam tentang latar belakang watak ikonik tersebut.

“Dengan sambutan hebat yang diterima siri-siri terdahulu, kami mahu membawa penonton mendalami dunia Project Universe yang lebih besar, lebih dekat, dan lebih mendalam. Ini bukan sekadar kisah remaja biasa, tetapi refleksi isu sosial dan pengalaman yang akan dirasai penonton.” Kata, Raja Jastina Raja Arshad selaku Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council dan Ketua Astro Shaw.

Majlis pelancaran Project Universe di Setia City Mall, Shah Alam, turut menampilkan sesi eksklusif pelancaran treler dan poster rasmi Kahar: Kapla High Council serta barisan pelakon utama seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, dan ramai lagi. Peminat juga dapat menyertai Festival Project pada 26-27 Oktober, yang memberi peluang untuk beramah mesra dengan para pelakon dan menyertai aktiviti eksklusif, membawa pulang hadiah menarik, serta menikmati persembahan secara langsung.

Peminat di seluruh negara turut dapat bertemu para pelakon dalam siri jelajah yang akan diadakan di pelbagai pawagam sepanjang bulan November dan Disember, meliputi negeri-negeri seperti Kedah, Penang, Perak, Johor, Melaka, Pahang, dan Terengganu.

Astro Shaw juga melancarkan merchandise eksklusif, termasuk hoodie edisi terhad, tote bag, baju-t, enamel pins, dan banyak lagi yang boleh didapati di Gempak Official Store di Shopee. Koleksi ini pasti menjadi kegemaran peminat yang mahu memiliki cenderamata istimewa bertemakan Kahar: Kapla High Council.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi, peminat juga boleh menikmati hidangan istimewa seperti Nasi Goreng Kudrat dan Nasi Lemak Panggung di restoran Luck Bros Kopi sekitar Lembah Klang. Menu ini hadir dengan pembungkusan eksklusif bertemakan filem dan menawarkan peluang memenangi tiket ke malam gala menerusi cabutan bertuah.

Sebagai sokongan terhadap kempen kesedaran, filem Kahar: Kapla High Council bekerjasama dengan Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) untuk membangkitkan kesedaran awam mengenai isu buli dan keganasan. Filem ini turut dilancarkan dengan video pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan di radio, televisyen, dan media sosial, manakala barisan pelakon akan muncul sebagai DJ jemputan di radio Era.

Astro Shaw turut memperkenalkan episod istimewa berdurasi 30 minit yang merangkumi perjalanan di sebalik tabir produksi Kahar: Kapla High Council, dari sesi uji bakat hingga pemilihan pelakon. Program ini boleh diakses melalui On Demand, Astro Go, dan saluran pop-up Kahar: Kapla High Council, Saluran 111, bermula 11 November.

Untuk info terkini dan kandungan eksklusif lain, layari laman sesawang rasmi filem di https://www.highcouncil.com.my. Nantikan pelancaran Kahar: Kapla High Council pada 28 November di pawagam. Ikuti akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak untuk pengumuman lanjut. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi pengalaman anda di media sosial.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Majlis MIWE 2024: Pengiktirafan 18 Usahawan Wanita Cemerlang Malaysia
Next: Program Ikonik TV3 Dijangka Bakal Kembali Memeriahkan Kaca TV Anda!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.