Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Hanya taktik pasaran bila produk didakwa dari bahan semulajadi?
  • ATTRACTION

Hanya taktik pasaran bila produk didakwa dari bahan semulajadi?

Helmi Aziz March 5, 2019 4 minutes read
211521.jpg

SEJAK kebelakangan ini, kosmetik yang berasaskan bahan-bahan semula jadi semakin mendapat perhatian masyarakat kita.

Ini mungkin disebabkan oleh teknik pemasaran penjual yang menarik bagi tujuan melariskan penjualan produk-produk kosmetik mereka.

Secara umumnya, kosmetik semula jadi merupakan produk kosmetik yang berasaskan sumber seperti tumbuh-tumbuhan yang tidak dicampur dengan bahan kimia atau sintetik.

Kosmetik bukan sahaja meliputi alat solekan wanita, tetapi ia juga merangkumi kategori produk yang lebih luas seperti produk penjagaan kulit, gigi, rambut, produk mandian dan sebagainya.

Formulasi suatu produk kosmetik boleh terdiri daripada sama ada bahan-bahan sintetik, bahan-bahan semula jadi sahaja atau campuran bahan sintetik dan bahan semula jadi.

Produk kosmetik di Malaysia perlu bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum ianya dapat dipasarkan.

Kandungan produk kosmetik akan disaring oleh NPRA dan jika didapati mengandungi bahan terlarang, permohonan notifikasi akan ditolak dan ianya tidak boleh dipasarkan.

Dakwaan 100 peratus bahan semulajadi

Isu utama yang sering dibincangkan berkaitan kosmetik semula jadi adalah tuntutan tidak berasas dan mengelirukan pengguna pada poster-poster promosi produk. Antara contohnya adalah seperti: ‘100% semula jadi’, ‘tiada kesan sampingan’, ‘dijamin selamat’ dan sebagainya.

Pengguna mudah terkeliru dengan taktik pemasaran ini kerana produk kosmetik tersebut dianggap semestinya selamat dan bersesuaian dengan mereka kerana ianya adalah ‘semula jadi’.

Namun, adakah tuntutan ini benar?

Tuntutan 100 % semula jadi tidak semestinya bermakna produk tersebut mengandungi 100 % daripada bahan semula jadi. Ini kerana dalam kes tertentu, hanya kuantiti kecil bahan semula jadi yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.

Selain itu, rata-rata produk kosmetik dalam pasaran tidak melalui proses kajian dan keberkesanan tuntutannya tidak dibuktikan secara saintifik.

Bukan sahaja keberkesanan produk meragukan, malah isu kesan sampingan produk tersebut juga tidak dapat dikenal pasti.

Sesetengah produk semula jadi juga boleh mendatangkan kesan sampingan atau alahan kepada pengguna khususnya kepada mereka yang berkulit sensitif.

Sebagai contoh, minyak pati terutamanya minyak citrus dan eucalyptus mungkin mencetuskan masalah hipersensitiviti pada kulit termasuk gatal-gatal, ruam, kemerah-merahan dan kepedihan kulit dalam sesetengah golongan pengguna.

Selain itu, terdapat sesetengah produk kosmetik semula jadi yang tidak mengandungi bahan pengawet. Justeru, produk tersebut mungkin terdedah kepada risiko kontaminasi bakteria dan kulat, maka pengguna seharusnya lebih berhati-hati dalam pemilihan produk-produk seperti ini.

Pengguna harus lebih bijak semasa memilih produk kosmetik yang bersesuaian sama ada produk semula jadi atau sintetik.

Pengguna diingatkan bahawa sebarang produk yang bersesuaian dengan individu lain tidak semestinya bersesuaian dengan diri sendiri. Setiap individu mempunyai jenis kulit dan reaksi yang berlainan terhadap bahan-bahan dalam setiap produk kosmetik.

Pengguna juga harus lebih peka terhadap bahan-bahan yang pernah memberi reaksi atau kesan sampingan. Ini adalah penting bagi mengelakkan kes reaksi yang sama berulang pada masa hadapan.

Para pengguna juga dinasihatkan untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca label dan isi kandungan produk kosmetik dengan teliti sebelum membuat pembelian.

Semak notifikasi

Selain itu, pengguna digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) https://www.npra.gov.my sebelum membelinya.

Para pengguna dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan testimoni-testimoni dan informasi yang tidak berasas dan kurang tepat tentang suatu produk kosmetik.

Lambakan produk boleh didapati secara dalam talian dengan status notifikasi yang meragukan.

Pengguna dinasihatkan untuk semak terlebih dahulu sebelum membelinya. Elakkan terkeliru dengan strategi pemasaran pemilik dan penjual barangan kosmetik.

Jika terdapat sebarang reaksi alahan, pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk yang terbabit dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Pengguna perlu diingatkan bahawa tidak semua produk semula jadi itu dijamin selamat dan berkesan; dan tidak semua produk sintetik itu mendatangkan keburukan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik, pesakit atau orang awam boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Disediakan oleh:

Sharifah Arina Syed Mhd Hanafiah

Pegawai Farmasi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip penting elak anak meragam masa bercuti
Next: Malaysia Airlines naik taraf penerbangan semperna Aidilfitri

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.