Sempena menyambut bulan kemerdekaan, Evie Feroza, peserta siri realiti Lagu Cinta Kita 2, kini mempromosikan lagu terbarunya, Gemilang. Dave Kitzkiniki dan Afiq Aiman, dua penulis lagu yang sangat berbakat, menghasilkan lagu patriotik kontemporari ini. Lirik dan gubahan lagu Gemilang yang unik ini dilihat dapat menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Keunikan inilah yang membuatkan Gemilang dipilih menjadi runut bunyi bagi telefilem ‘The Patriot Games Malaysia’ yang akan bersiaran secara eksklusif secara HD di Tonton pada 30 Ogos 2023. Telemovie karya Robert Ong ini merupakan karya sinematik dalam menampilkan kekuatan, daya tahan, perpaduan dan persahabatan lima remaja di Malaysia. Telemovie ini bermatlamat untuk membangkitkan semangat patriotik yang mendalam dan menyemarakkan lagi rasa bangga serta cinta kepada negara. Robert Ong, Pengarah dan Penerbit ‘The Patriot Games Malaysia’ berkata, “Lagu Gemilang ini bukan sekadar iringan muzik. Ia telah menjadi sebahagian daripada telemovie yang akan menghubungkan emosi penonton dengan jalan cerita telemovie ini. Lagu Gemilang juga akan memberikan penonton dan pendengar satu pengalaman sinematik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga boleh menyemai perasaan bangga akan negara dan semangat kekitaan di antara rakyat Malaysia”. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun ‘Gemilang’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Evie Feroza menerusi Instagram: @evieferoza ,Tiktok: @evieferoza ,Twitter: @Evie Feroza ,Facebook: @Evie Feroza. Turut disertakan adalah lirik lagu Gemilang: V1 Lihat, tanah air ku Di sini, Ku berdiri Indah, cinta dan kasihmu Gemilang, di seluruh dunia Pre chorus Walau badai banyak menghalang Perbezaan arah tujuan Kita pasti kita pasti Percaya Keresahan yang tak terbatas Kepercayaan mulai goyah Kita pasti kita pasti Berjaya…. ooohhhhhh.. Chorus Melangkah lah membawa mimpimu Menuju cahaya gemilang Mengenggam erat Harapan… (I can do it better) Bersama ki-ta berganding tangan Menggapai ‘cita-cita dan’ Impian pasti kan tercapai Gemilang…..V2 Menjadi terhebat Azam tuk berjuang Mari lah bersama Menuju kejayaan…. Pre Chorus Walau badai banyak menghalang Perbezaan arah tujuan Kita pasti kita pasti Percaya Keresahan yang tak terbatas Kepercayaan mulai goyah Kita pasti kita pasti Berjaya…. Chorus Melangkah lah membawa mimpimu Menuju cahaya gemilang Mengenggam erat Harapan… (I can do it better)Bersama ki-ta berganding tangan Menggapai ‘cita-cita dan’ Impian pasti kan tercapai Gemilang….. *Gemilang Gemilang Untuk tanah air ku Berjuang Untuk tanah air ku#66tahunmerdeka #merdeka #gemilang #tonton #tv3 Post navigation EVENT HIGHLIGHTS PARTNERSHIP WITH TOURISM MALAYSIA BY Y36 5G SEMPORNA GREEN X LIMKOKWING UNIVERSITY BANANA BRO AND VIVO COLLABORATE TO CELEBRATE UNITY AND MALAYSIAN CULTURE AS PART OF THE “EXPLORING KL’S BEAUTY” PROJECT