Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • [VIDEO] Konvo Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, 8 Oktober depan
  • ATTRACTION

[VIDEO] Konvo Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, 8 Oktober depan

Helmi Aziz March 3, 2023 3 minutes read
1924811.jpg

SHAH ALAM – Setelah bersiaran sebanyak 838 episod, program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya dengan penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang akan berlangsung pada 8 Oktober depan.

Program yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, 5,000 peserta dijangka akan menyertai acara khatam yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah bersama al-Quran’ itu.

“Program My #QuranTime sebenarnya adalah program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.

“Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.

“Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah akibat wabak Covid-19.

“Hasil sokongan dan permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime,” katanya pada Sidang Media Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #Qurantime 1.0 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanze Harris; Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff; Ketua Pegawai Penyelidik WUIF dan Pentadabbur My #QuranTime, Fazrul Ismail dan qari My #QuranTime, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman serta Ahmad Tirmizi Ali.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, melihatkan kepada kejayaan program berkenaan, pihaknya mengambil keputusan untuk meneruskannya dengan penganjuran My #Qurantime 2.0

Marhaini memberikan penerangan pada Sidang Media Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #Qurantime 1.0 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian / RAFEQ REDZUAN

Marhaini memberikan penerangan pada Sidang Media Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #Qurantime 1.0 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa. – Foto Sinar Harian / RAFEQ REDZUAN

“Melalui program sebelum ini, kita telah perkenalkan asas tajwid dan tadabbur. Selepas ini kita nak tekankan kepada kefahaman dan elemen hafalan supaya apabila membaca al-Quran, mereka dapat membacanya dengan betul dan cuba menghafal surah-surah pendek itu supaya mereka boleh amalkan dalam solat mereka.

“Apa yang kita harapkan adalah solat mereka itu akan menjadi lebih berkualiti apabila dapat membaca surah dengan kefahaman. Insya-ALLAH, kita akan buat dalam masa terdekat,” ujar beliau.

Tambahnya, MyQuran Time 2.0 akan menjadi lebih menarik kerana ia akan melibatkan penonton di dalam studio supaya mereka dapat belajar bersama-sama dan bacaan terus dapat dibetulkan.

Sebahagian daripada penggerak program My #QuranTime.

Sebahagian daripada penggerak program My #QuranTime.

Bagi tujuan itu, pihak WUIF sedang mempersiapkan sebuah studio di Kumpulan Karangkraf untuk digunakan selama tiga tahun.

Sementara itu, Marhaini berkata, setakat ini sejumlah 1,557 peserta telah mendaftar bagi menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 dan pihaknya kini sedang giat mempromosikan program berkenaan bagi menarik lebih ramai peserta.

“My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #Quran Time di TV AlHijrah dan media sosial.

“Jadi, kita harapkan pada ‘hari besar’ nanti, peserta setia dari seluruh negara dapat menyertainya. Ia sebagai tanda kejayaan mereka yang bersama-sama menjadi pemangkin masyarakat untuk membudayakan al-Quran pada tahap lebih tinggi,” jelasnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kolaboratif UNIQLO X Bingka KL
Next: Aksesori rekaan empat Sharifah – Sinar Harian

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.