Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Kehadiran luar jangka bukti masyarakat rindu al-Quran
  • ATTRACTION

Kehadiran luar jangka bukti masyarakat rindu al-Quran

Helmi Aziz March 3, 2023 2 minutes read
1937521.jpg

Oleh MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID, NUR IFTITAH ROZLAN, NURUL HUDA HUSAIN dan NURFARDLINA IZZATI MOKTAR08 Oktober 2022 04:29pmMasa membaca: 4 minit

Anhar Opir. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

Anhar Opir. – FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

PUTRAJAYA – Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, berkemungkinan masing-masing bimbang dan takut tidak ada tempat yang lebih baik untuk bergantung melainkan kepada ALLAH SWT.

“Salah satu ibadah itu adalah membaca al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.

Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.

Ribuan peserta yang hadir pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berlangsung pada Sabtu. - - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Ribuan peserta yang hadir pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya berlangsung pada Sabtu. – – FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.

Program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

Anhar yang merupakan salah seorang daripada pentadabbur turut memuji Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 sambil menyifatkannya ia sebuah program yang sangat baik selain mengajak masyarakat supaya sentiasa membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

Beliau juga mengharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, seorang lagi pentadabbur, Fazrul Fahmee Ismail pula melahirkan rasa syukur kerana program seperti ini memberi peluang untuk orang ramai bersama-sama mengucapkan pujian kepada ALLAH SWT.

Peserta mengaminkan doa pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Peserta mengaminkan doa pada majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

“Menemukan pelbagai lapisan masyarakat atas dasar al-Quran dan ia adalah kurniaan ALLAH yang amat besar.

“Saya harapkan ia bukan sekadar penghujung di sini tetapi terus menyokong, menyumbang dan mendoakan kerana ini adalah bukti kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Galaxy Watch Active2 buat jejaka kekal fit dan stailo
Next: Tiga perisa baharu Saba Mackarel Flakes

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.