Sentuhan citarasa berasaskan masyarakat cina Malaysia merupakan konsep utama yang dibawa oleh sebuah restoran yang terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Intermark Mall iaitu restoran InColonial. Penubuhan restoran ini bemula sejak tahun 2014 yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Kapten Jaffar dan Puan Latifah yang masing-masing berpengalaman dalam bidang penerbangan. Restoran InColonial menekankan konsep santapan mewah di mana pelanggan yang hadir akan disajikan dengan suasana yang eksklusif sambil dibuai perasaan nostalgia dengan dekorasi dalaman restoran yang memberikan keselesaan tidak kira kepada pelanggan yang bersendirian, berteman mahupun seisi keluarga. Selain itu, restoran Cina Muslim ini juga mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu-satu masa. Fasiliti istimewa turut disediakan kepada pelanggan yang mahukan ruang makan privasi bersama-sama keluarga dengan kelengkapan tiga bilik dengan dekorasi tiga meja besar berbentuk bulat dengan sentuhan elemen klasik. Penggunaan bahan-bahan yang segar dan Halal amat dititikberatkan dalam setiap hidangan masakan Cina Muslim yang disajikan di retoran InColonial bagi mendapatkan rasa yang terbaik dan autentik. Pelbagai jenis hidangan masakan cina Halal yang disajikan antaranya Blackpepper Chicken yang sering menjadi pilihan utama pelanggan, Butter Chicken, Beef Tripe, Crispy Yee Mee with Seafood, In Colonel Abalone Fried Rice dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, menu dim sum yang sering menjadi tumpuan utama bagi restoran berkonsepan Cina Halal turut disediakan oleh restoran InColonial. Dim sum restoran InColonial didapati dalam pelabgai variasi seperti Chicken Siew Ma, Har Gao dan lain-lain. Menariknya, menu dim sum ini hanya ditawarkan dari jam 10.30 pagi sehingga jam 5 petang sahaja. Teknik penyediaan sesuatu hidangan akan memberikan impak istimewa kepada setiap pelanggan yang menjamunya, dan restoran InColonial memastikan teknik mereka adalah berbeza berbanding masakan cina Halal di pasaran dengan penggunaan api besar dan peralatan wok semasa memasak. Seorang Cef berbangsa Cina mengetuai bahagian dapur dan dibantu oleh Cef Samsul yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan dan kulinari. Menariknya, restoran InColonial turut dijadikan sebagai lokasi bagi majlis-majlis kecil seperti majlis keraian dan pertemuan berikutan ruang makannya yang eksklusif menjadi perhatian pelanggan. Tidak dapat disangkal lagi, InColonial membuktikan bahawa ia adalah sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim yang istimewa dengan persekitaran selesa dan unik kepada setiap pelanggan yang hadir untuk menjamu selera. Restoran InColonial sering mendapat perhatian umum dan kunjungan khususnya orang ternama dan selebriti Malaysia. Untuk merasai sendiri keunikkan dan keenakan masakan Cina Muslim yang Halal daripada restoran InColonial yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, pelanggan disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu atau datang terus ke restoran. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui di talian +60127849033. Post navigation Pemain ekonomi dipelawa sertai dakwah budayakan al-Quran Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dan Malaysia Misi Perdagangan Francais ke Jeddah, Arab Saudi