Sebuah festival bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Kuala Lumpur yang ke-50 telah dianjurkan pada 06 Februari 2022 bertempat di Panggung Anniversary, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur iaitu Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur 2022 atau dikenali sebagai Kl Genta 2022.
Bemula sejak tahun 2015 sehingga 2019, sebanyak lima kali penganjurannya telah diadakan. Festival ini juga merupakan salah satu pembelajaran dan interaksi mengenai keunikan muzik gendang, budaya, busana, kostum dan seni warisan setiap negara dapat dilihat melalui kedatangan kumpulan kesenian dari negara luar yang berkongsi pentas bersama-sama kumpulan kebudayaan dan kesenian Malaysia.
Peserta yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf bandar raya dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyertai KL Genta 2022 bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun pada 2022 ini. Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut serta adalah seperti berikut:
- Majlis Bandaraya Pataling Jaya, Selangor
- Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang
- Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan
- Perbadanan Labuan
- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang di bawah Exco Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang
KL Genta atau dikenali sebagai Festival Gendang Dan Tari Kuala Lumpur perlu melibatkan penyertaan bandar raya utama di Malaysia dan jemputan peserta dari negara luar untuk dijadikan sebagai satu produk pelancongan pada tahun-tahun akan datang yang merupakan harapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.