LAYARKAN, sebuah lagu berkisarkan tentang perjalanan hidup yang harus diteruskan, tatkalanegara, bahkan seantero dunia berhadapan wabak virus korona pada tahun 2020 (PKP 1).“Layarkan” merupakan lebih kepada memujuk hati agar tetap bertahan walau hidup dilandakepayahan, musibah dan dugaan dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap MahaPencipta.Single pertama kumpulan Prasangka yang berjudul “Jadey” telah dirakam pada julai 2020setelah dibenarkan rentas negeri yang pertama. Lagu “Jadey” dirakam di studio Dapo Rekod,Nilai, Negeri Sembilan milik gitarist Areef Iskandar. “Jadey” berkisarkan tentang ayam tuayang masih memperjuangkan nasibnya persis ayam muda yang jauh lebih kuat dan hebatdaripadanya. “Jadey” juga masih mahu berkuasa didalam wilayahnya. Namun hakikatsebenarnya dia sudah tua dan tidak bertenaga seperti dulu lagi. Meniti usia senja haruslahberehat dan tenang-tenangkan diri. Mengenai single ke-dua yang bertajuk “Layarkan” telah dirakam awal april 2021, ditunjangioleh penyanyi, serta komposer kumpulan Prasangka iaitu Ajis Hisham. “Layarkan” juga telahdirakam di studio Dapo Rekod, Nilai, Negeri Sembilan. Kumpulan Prasangka bakal mengeluarkan Ep pertama mereka pertengahan tahun 2022.Sebanyak 6 buah lagu dimuatkan didalam Ep pertama ini. Segala proses mixing danmastering diadun di Dapo Rekod. Areef Iskandar diberi kepercayaan untuk seluruh prosesrakaman, mixing dan mastering. Kumpulan Prasangka berkonsep Rock n Roll , Bluegrass,kerakyatan dengan cara mereka tersendiri. Menurut Prasangka , mereka mempengaruhimuziknya dari beberapa kumpulan seperti Kembara , Search, Al Di Meola, Roy Clark danSirkus Barock.Perkembangan terkini kumpulan Prasangka sedang menanti kesemua lagu siap segala prosesterbabit dan bakal meluncurkan Ep pertama pada pertengahan tahun 2022. Namun jikaterdapat undangan persembahan amat di alu-alukan. Ajis berkata ‘’Kami memilih syarikat Luncai Emas Sdn Bhd untuk edaran digital, kerana ianyabersesuaian dengan konsep dan citarasa kami dan juga Luncai Emas Sdn Bhd merupakansyarikat penerbitan tempatan. Jadi kami menyokong syarikat tempatan. Berkenaan ilustrasiuntuk cover single “Jadey” ia melambangkan Jadey itu sendiri. Walaupun sudah tua, masihlagi mahu berkuasa di wilayahnya. “Layarkan” pula terdapat ilustrasi sangkar,melambangkan diri kita yang terkurung dengan sendirinya. Kedua-dua ilustrasi telah di buatoleh Sue Anna Joe , seorang jurugambar, pelukis, dan artis digital.Single ‘Layarkan’ mula berada di platform Youtube pada 10 December 2021 lalu di youtubeLuncai Emas dan juga telah berada di semua saluran digital seperti Spotify , Apple Music danJoox Music . Edaran secara jualan digital bagi single ini dibuat oleh syarikat Luncai Emas SdnBhd. ‘’Harapan kami terhadap pendengar agar mereka menerima serta suka dengan percaturanke-dua dari kami selepas single pertama “Jadey” di luncurkan di Youtube Luncai Emas SdnBhd pada Oktober 2020 yang lepas’’ – Prasangka. Post navigation Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 ‘Ujian Covid-19 jadikan lebih syukur nikmat pinjaman nyawa’