Petaling Jaya- Celcom Axiata Berhad (Celcom) mempercepatkan peluang penerapan digital di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) secara sederhana, fleksibiliti dan mampu milik dalam usaha untuk menyokong digitalisasi PKS. Menerusi Celcom Business Suite, iaitu kit digital PKS sehenti, yang mampu mengubah dan mengoptimumkan operasi perniagaan PKS.

Penglibatan Celcom sebagai Rakan Penyelesaian Teknologi bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), membolehkan Celcom Business Suite ditawarkan sebagai salah perkhidmatan yang layak menerima geran Digitalisasi Perniagaan. Geran permberian 50% yang hampir sama dengan RM5,000 untuk setiap langganan perkhidmatan digital seperti Point of Sales elektronik (e-POS), Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), elektronik sistem gaji, Pemasaran Digital, Perolehan, e-Dagang dan Kerja Jarak Jauh (remote working).

Celcom Business Suite menawarkan pelbagai penyelesaian digital untuk perniagaan PKS seperti e-POS berasaskan Cloud, pembayaran elektronik, penyelesaian pemasaran digital dan alat produktiviti tambahan seperti tablet dan Microsoft Office365. Perkhidmatan menyeluruh ini membolehkan perniagaan dengan penyelesaian digital yang tepat, dipadankan dengan mempermudahkan digitalisasi perniagaan berskala kecil. Dengan menawarkan penyelesaian yang mudah dan sederhana, PKS tidak perlu mencari penyelesaian digital dari pelbagai penyedia. Hal ini kerana, Celcom Business Suite, kit digital PKS sehenti, menawarkan penyelesaian seperti:

  1. Celcom SafePay Electronic-Point of Sales (e-POS)
    Sistem POS berasaskan internat atau cloud yang menawarkan kesederhanaan dan sangat sesuai untuk perniagaan kecil, seperti perniagaan runcit. Ia menawarkan keupayaan untuk menguruskan kandungan yang berkaitan dengan menu, menguruskan waktu daftar masuk dan daftar pekerja, membolehkan peruncit membina hubungan pelanggan yang lebih baik melalui pelaksaan program kesetiaan, promosi yang disasarkan dan baucar. Ini juga membolehkan peruncit untuk menerima transaksi kad apabila menggunakan Celcom SafePay mPoS yang ada, terminal Point of Sales (mPOS) mudah alih.
  1. Pemasaran DIgital dengan Komunikasi OMNI:
    Portal web sehenti yang membolehkan capaian meluas kepada pelanggan melalui saluran SMS, emel, Push notification, dan aplikasi sosial.
  2. Hubungan data dan pakej peranti mudah alih:
    Dengan menggunakan rangkaian Celcom 4G LTE terluas, PKS kini dapat menghubungkan operasi perniagaan mereka secara talian dengan lancar. Bagi setiap langganan, pelan data 20GB bulanna dan tablet ditawarkan kepada PKS, bersama dengan talian pascabayar yang menawarkan panggilan tanpa had dan data mudah alih 20GB.

Selain itu, Celcom Business Suite menawarkan fleksibiliti kepada pemilik perniagaan untuk memilih dan menyesuaikan perkhidmatan tambahan berdasarkan keperluan perniagaan mereka. Untuk setiap langganan Celcom Business Suite, pelanggan dapat memilih Microsoft Office365 atau memasarkan perniagaan mereka secara digital dengan Iklan Berdasarkan Lokasi (LBA) dengan harga berpatutan.

PKS yang berminat boleh mendaftar Celcom Business Suite di https://www.celcom.my/support/contact-us#business contact form sekaligus memulakan transformasi digital secara mudah untuk perniagaan mereka. Lebih 200 rakan kongsi peniaga Celcom di seluruh negara bersedia membantu pemilik perniagaan PKS untuk pendaftaran Celcom.

Oleh kerana pengguna lebih bergantung pada perkhidmatan dalam talian dan e-dagang, Celcom memainkan peranan memperkenalkan kemahiran dan kepakaran digital baru, mempromosikan kesedaran yang berkaitan dengan teknologi melalui perkongsian pengetahuan dan program peningkatan kemahiran. Bersama MDEC dan rakan teknologi yang lain, Celcom berusaha untuk mengembangkan bersama pelbagai program digital untuk PKS.

Azlan Zainal Abidin, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Axiata Berhad berkata ketika PKS menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar dan  kebimbangan mengenai kelangsungan perniagaan, kos serta keberkesanan operasi, Celcom menawarkan kepada pemilik perniagaan peluang unik untuk mengubah perniagaan mereka secara digital dengan kit digital PKS sehenti, Celcom Business Suite.

“Dengan memanfaatkan kemampuan, kepakaran, perkhidmatan inovatif, dan rangkaian perniagaan, Celcom bersedia memenuhi permintaan digital oleh PKS dengan pelbagai perkhidmatan, serta meningkatkan pengusaha dengan kepintaran perniagaan digital melalui program ini. “Teguh bersama Malaysia lebih dari 30 tahun dan memiliki jaringan 4G LTE terluas seluruh negara, Celcom terus mendepani inovasi digital bagi seluruh industri dan mendukung penggunaan digitalisasi yang pesat, sekaligus meningkatkan ekosistem digital negara. Kami juga menyokong inisiatif kerajaan dan mendorong usahawan Malaysia untuk mengambil kesempatan ini untuk mengubah dan memperkasakan digital perniagaan mereka, bagi mewujudkan ekosistem digital ‘menang bersama yang mampan”, tambah beliau.

Kerjasama Celcom dengan MDEC serta agensi lain juga bakal menyaksikan penyediaan pelbagai platform untuk PKS meningkatkan perniagaan mereka melalui program seperti webinar, sesi latihan dalam talian, dan program jangkauan.

Sehingga kini, penglibatan Celcom sungguh aktif dalam program yang memfokuskan perbincangan penting agar PKS dapat berkembang dan pulih, semasa waktu mencabar. Program-program tersebut seperti siri webinar ‘SME Unplugged – 100 Go, anjuran MDEC dan Worldlabs.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Celcom Business Suite atau pelbagai produk dan perkhidmatan terkini dari Celcom, sila layari www.celcom.com.my.