Merdeka: 3 Telefilem ASTRO yang Mesti Ditonton Sempena Hari Kemerdekaan

merdeka
  • ROMBONGAN MAKCIKS KE DATARAN MERDEKA

Sempena Hari Merdeka, makcik-makcik Kg Wahab Satu – Joanne (Mandy Chong), Anjali (Satthiya Kandi) dan Kiah (Rozita Che Wan), bersemangat untuk menyaksikan perarakan di Dataran Merdeka.

Mereka ingin memberi sokongan kepada anak saudara Kiah, abang bomba (Abang Bomba Viral/Asma Saiful Hayat) yang akan turut serta dalam perarakan tersebut. Perjalanan mereka dari Perlis ke Kuala Lumpur menjadi huru-hara apabila Kiah melantik Danial (Khaled Asharief), yang sebenarnya seorang penipu, sebagai pemandu mereka.

Pelbagai insiden lucu dan mendebarkan berlaku sepanjang perjalanan mereka, melibatkan watak-watak seperti Haji Musa (Fendi Seman), Rodi (Zain Saidin), Joe (Hafeezul Yob), Husin (TJ Isa), dan dua orang penarik bas (Abang Gee dan Azman Ahmad). Juga, jangan lupakan kemunculan istimewa Wan (Kamarul Hj Yusof). Mampukah mereka tiba di Dataran Merdeka tepat pada masanya? Saksikan telemovie ini di Astro Ria pada 30 Ogos 2024 untuk mengetahui kesudahannya!

  • HANTU KARIPAP

Kg Sejenak gempar dengan kemunculan hantu yang menyerupai lelaki Cina. Farhan (Arfie Shah), seorang penghantar barang yang penakut, dan rakannya Zhen (Daniel Fong) yang juga pengecut, menyiasat perkara ini. Mereka mengesyaki hantu itu berasal dari tanah perkuburan Cina kerana Farhan pernah gagal menghantar pesanan kepada ‘tuannya’ di sana.

Bersama Priya (Sanjna Suri), seorang gadis cantik, dan Pak Anjang (Ropie), mereka berusaha merungkai misteri ini dan mengembalikan keamanan kampung. Jangan lepaskan peluang untuk menonton telemovie komedi seram ini di Astro Ria pada 31 Ogos 2024!

  • LION GIRL

Sakina (Erysha Emyra), seorang gadis Melayu yang bersemangat, mempunyai minat mendalam dalam seni tarian naga. Minatnya bermula sejak kecil apabila dia bertemu Ah Bui (Jack Gohr), seorang budak Cina yang mahir bermain gendang.

Namun, impian Sakina mendapat tentangan hebat daripada ayahnya, Salleh, yang mahu dia meneruskan perniagaan keluarga mereka. Christopher (Justin Yu) dan Ivy (Preti Kaur) turut memainkan peranan dalam perjalanan Sakina mengejar cita-citanya.

Dengan keazaman yang kuat, Sakina bertekad untuk mengejar cita-citanya dalam tarian naga tanpa mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. Saksikan perjalanan inspiratif Sakina dalam telemovie Lion Girl di Astro Ria pada 16 September 2024.