11 tanda anda bertepuk sebelah tangan..

BERUNTUNGNYA seseorang itu apabila cinta dan perasaannya diterima baik oleh lelaki atau wanita yang diminatinya.

Berbeza dengan seseorang yang cintanya bertepuk sebelah tangan, pasti kecewa dan gundah gulana hanya Tuhan saja yang tahu.

Memang ‘sakit’ bila cinta ditolak, namun jangan terlalu meratapinya kelak diri sendiri yang merana. Untuk mengetahui cinta anda berbalas atau tidak, berikut Femina kongsikan tanda-tanda lelaki atau wanita itu tidak menyukaimu.

1) Dia tidak pernah mengungkapkan sayang atau cintanya kepada anda.

2) Anda selalu menjadi orang pertama yang memulakan komunikasi sama ada menghubunginya atau menghantar mesej kepadanya.

3) Dia tidak pernah memperkenalkan anda kepada orang-orang terdekat dalam hidupnya seperti rakan-rakan dan keluarga.

4) Dia tidak pernah memujuk anda ketika anda marah atau diselubungi perasaan sedih.

5) Kerap memberi alasan sibuk bila anda ajak dia keluar bersama.

6) Lambat membalas mesej anda melalui telefon atau media sosial lain

7) Sukar untuk bercerita berkenaan kehidupan peribadinya kepada anda.

8) Status di media sosialnya tidak pernah menyebut berkenaan anda

9) Dia tidak pernah tanya khabar dan aktiviti yang sedang anda lakukan.

10) Dia tidak pernah meluahkan rasa rindu kepada anda sepertimana anda merindukannya.

11) Perasaan ragu, curiga dan tidak percaya anda kepadanya lebih banyak berbanding perasaan cinta dan yakin kepadanya.

Jadi, anda tidak perlu bersedih meratapi cinta tak berbalas ini. Mencintai seseorang boleh sahaja tetapi ingat, jangan sampai terseksa angkara cinta tak berbalas.

Buang perasaan itu jauh-jauh, sebaliknya, sentiasa berdoa semoga anda diketemukan pasangan yang turut menyukai anda ya!



Sumber