104 perpustakaan awam di Selangor akan menyertai Malaysia #QuranHour anjuran WUIF Rabu ini. Gambar kecil: Mastura
SHAH ALAM – Sebanyak 104 perpustakaan awam di Selangor akan menyertai Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhammad berkata, kesemua perpustakaan berkenaan termasuk Smart Selangor Mobile Library akan menganjurkan program tersebut di lokasi masing-masing.
“Setiap bahagian (perpustakaan) akan jemput penduduk sekitar dan bersama-sama bertadabbur dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang.
“Sejak Malaysia #QuranHour diadakan, kami telah kerjasama dengan WUIF dan syukur kerana sekali lagi dapat menjayakan program ini.
“Ia satu perjalanan kerohanian kerana dengan membaca al-Quran selain dapat ilmu agama, didikan mengenai kehidupan dan keredaan ALLAH SWT juga diperoleh,” katanya.