JIKA bercakap soal kereta, pastinya tidak dapat lari daripada topik untuk melihat sejauh mana kemampuannya untuk ‘pergi’.
Faktor kelajuan menjadi daya yang paling menarik seseorang pemandu kereta lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang menagih keseronokan meneroka objek bergerak itu.
Pada masa ini, industri kereta juga sedang gigih mencari formula memantapkan kuasa tujahan kenderaan di tengah-tengah kebangkitan pelbagai jenis model.
Bagi mencapai matlamat ini, jurutera kenderaan pastinya memikirkan supaya teknologi baharu sama ada menggantikan teknologi lama atau mencari jalan untuk wujud bersama.
Satu contoh sempurna ialah unit kuasa dalam Mercedes-AMG Project One, yang meminjam enjin enam silinder padat dan menguatkannya dengan motor elektrik dan sistem kuasa hibrid.
Sinar Turbo percaya, menjelang tahun 2020, landskap automotif akan menumpukan tentang usaha mencari kelajuan selari dengan sistem pendorongan dan pengurusan tenaga baharu.
Untuk mendapatkan tempat dalam senarai ‘kereta laju’ di dunia, pastinya usaha kini sedang giat dijalankan.
Penulis percaya kita pastinya tidak dapat mengukur kelajuan tertinggi, tetapi hanya mengambil kira angka kelajuan yang didakwa oleh pengilang. Ia bukan ukuran yang dikumpulkan oleh penerbitan, pemilik atau pengiktirafan dari platform bertauliah.
Apa pun si pemecut dengan harga tinggi seperti Bugatti, Lamborghini, Porsche, Ferrari, McLaren tidak perlulah dipertikaikan lagi.
Tetapi beberapa kejutan di mana pesaing yang kurang dikenali juga mampu membuktikan tahap prestasi tinggi mereka. Malah kenderaan ini hadir dengan tag harga yang lebih berpatutan.
Berikut adalah 10 kereta terpantas di dunia buat masa ini yang mungkin boleh anda miliki atau hanya mampu lihat yang disenaraikan laman TheDrive:
No 10. Dodge Challenger SRT Hellcat Redeye: 203 MPH
No 9. 2019 Bentley Continental GT: 207 MPH
No 8. McLaren Senna: 208 MPH
No 7. Porsche 911 GT2 RS: 211 MPH
No 6. Aston Martin DBS Superleggera: 211 MPH
No 5. Chevrolet Corvette ZR1: 212 MPH
No 4. Ford GT: 216 MPH
No 3. Lamborghini Aventador SVJ: 217 MPH
No 2. Mercedes-AMG Project One: “At Least” 217 MPH
No 1. Bugatti Chiron Sport: 261 MPH