Zon Ekonomi Khas antara Johor, Singapura bakal ditubuhkan

Zon Ekonomi Khas antara Johor, Singapura bakal ditubuhkan

SINGAPURA bersetuju menubuhkan ‘Zon Ekonomi Khas’ bersama Johor bagi memudahkan pergerakan manusia dan barangan antara dua negara berkenaan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kementeriannya bersama Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura akan berbincang dengan lebih lanjut butiran persetujuan itu.

“Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi di Johor yang memanfaatkan kelebihan ekonomi Singapura.

“Selain mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi di Johor yang memanfaatkan kelebihan ekonomi Singapura.

“Ia termasuk menggalakkan pelaburan dan peluang ekonomi untuk perniagaan yang sedia ada di Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, tambah Rafizi, pihaknya akan bersiap sedia dengan rancangan untuk memastikan negara dapat merebut peluang memenuhi permintaan global industri semikonduktor yang bakal mencecah 1 trilion dollar menjelang tahun 2030.

“Semasa lawatan saya ke Singapura, saya juga telah bertemu dengan syarikat-syarikat semikonduktor antarabangsa.

“Rancangan kita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab ‘startup’ serantau juga mendapat sambutan baik daripada firma-firma pemodal teroka,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau memaklumkan, terdapat antara syarikat berkenaan mengumumkan hasrat untuk membuka cawangan di Kuala Lumpur.

“Insya-ALLAH, usaha kita bakal menyumbang kepada transformasi ekonomi negara dan memberi peluang bernilai tinggi kepada bakat-bakat Malaysia,” katanya.

Sumber