Y.A.M TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH MENYANTUNI SAMBUTAN ULANGTAHUN 10,000 HARI RANGKAIAN FARMASI TERBESAR DI MALAYSIA – CARING PHARMACY

Y.A.M TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH MENYANTUNI SAMBUTAN ULANGTAHUN 10,000 HARI RANGKAIAN FARMASI TERBESAR DI MALAYSIA – CARING PHARMACY


Caring Pharmacy menyambut ulangtahun 10,000 harinya dengan menyumbangkan 10,000 kotak (500,000 unit) Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi, dihadiri oleh Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditemani oleh Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini ialah wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) dan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.

Caring Pharmacy dinyahsenarai Bursa Malaysia Jumaat ini

Sambutan 10,000 hari ini melambangkan 27 tahun penubuhan Caring Pharmacy sejak September 1994 di Taman Muda, Cheras. Caring Pharmacy ditubuhkan oleh 5 orang ahli farmasi bertujuan menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk para pengguna. Setelah 27 tahun beroperasi, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka. Kini, mereka memperluaskan perniagaan mereka melalui program-program kesetiaan, melancarkan aplikasi mudah alih Caring, pengambilalihan 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, serta menembusi pasaran Asia Tenggara.

Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkata, “Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya.”.

Sedang negara berada di fasa pemulihan akibat pandemik dan bencana alam, jenama tempatan – Caring Pharmacy dan NUETROVIS bekerjasama dengan 10 buah organisasi untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian. Pelitup separuh muka yang disumbangkan ini akan digunakan oleh para anggota dan sukarelawan dalam operasi seharian mereka, dan juga akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutama kepada mangsa banjir yang terkesan sejak dua bulan lepas.

Dengan sumbangan ini, mereka berharap dapat memberi peluang kepada semua dalam melawan COVID-19 dan mengingatkan kita untuk menyambut Tahun Baru Cina secara berhemah, semasa berkunjungan sesama keluarga dan sahabat handai.