Xiaomi lebih bergaya bersama Leica

Xiaomi lebih bergaya bersama Leica

SYARIKAT teknologi global, Xiaomi Malaysia melancarkan model baharu Xiaomi 13 Ultra dengan kerjasama Leica untuk memajukan lagi teknologi pengimejan mudah alih.

Kolaborasi itu telah membawa kepada penghasilan sistem empat kamera utama pusat dengan sensor satu inci, bukaan (apertur) berubah-ubah, paparan WQHD gred ultra bersama ketepatan warna yang sangat baik.

Model ini turut dilancarkan dengan prestasi premium Snapdragon 8 Gen 2 dan dibungkus dalam reka bentuk klasik.

Telefon pintar ini menyokong RAM sehingga 16GB LPDDR5x diikuti dengan storan UFS4.0 sehingga satu TB dan FBO (Pengoptimuman Berasaskan Fail).

Menariknya, kerjasama antara Xiaomi dan Leica, membawa kepada penghasilan optik ‘Leica Xiaomi 13 Ultra’ yang memaparkan ciri bersaiz padat, apertur besar, prestasi pengimejan tinggi, kebolehpercayaan dan ketahanan.

Kanta optik Leica menggunakan reka bentuk polinomial ultra tinggi tertib yang membolehkan ketepatan reka bentuk untuk mencapai tahap nanometer dan menghampir had optik.

Sistem empat kamera itu dilengkapi penutup katan optik Leica jarak fokus antara 12 milimeter (mm) untuk sudut ultra lebar, 23mm (sudut lebar), 75mm (telefoto), 120mm (telefoto super baharu) dan penambahan 46mm dan 26mm panjang melalui ‘In-Sensor-Zoom’.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini telah mengoptimumkan sepenuhnya aliran kerja RAW dan banyak algoritma dipindahkan ke domain RAW untuk memastikan julat dinamik, butiran, tekstur imej dalam meningkatkan kualiti pengimejan.

Kamera utama menyokong 50MP RAW dan menyediakan UltraRAW 14-bit berbilang bingkai yang mengambil terus data daripada sistem pengkomputeran untuk penghasilan resolusi dan julat dinamik yang lebih tinggi.

Aspek lain pula, Xiaomi 13 Ultra menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.73 inci dalam resolusi 3,200×1,440 dengan kedalaman warna 12-bit dan Dolby Vision.

Bukan itu sahaja, Xiaomi 13 Ultra mampu memulihkan visual dalam butiran yang jelas dan warna standard kandungan skrin.

Ia mempunyai mod kecerahan tinggi sehingga 1,300 nits dan kecerahan puncak sehingga 2,600 nits.

Telefon pintar itu juga disokong dan dimajukan oleh rangkaian teknologi sendiri. Xiaomi 13 Ultra memberikan pengecasan yang boleh dipercayai, selamat, pantas dan jangka hayat bateri panjang.

Bateri 5,000mAh (typ) yang besar dan boleh dicas 100 peratus dalam masa 35 minit dengan pengecasan turbo berwayar 90W.

Perincian telefon berkenaan turut ditambah dengan mod hibernasi baharu yang dicetuskan secara automatik apabila bateri menurun kepada satu peratus yang mana ia mengehadkan latar belakang aktiviti dan membolehkan peranti digunakan sehingga 60 minit atau membuat panggilan telefon selama 12 minit.

Xiaomi 13 Ultra dijual dengan harga RM5,199 dan boleh dibeli di kedai Xiaomi yang sah dan peruncit rasmi lain di seluruh negara.

Tempahan peranti itu akan dibuka bermula 23 hingga 29 Jun ini.

Telefon pintar berkenaan didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu hitam, putih dan hijau zaitun.

Pembeli terawal akan mendapat Set Pencetak Foto Segera Xiaomi 1S secara percuma bernilai RM619 dengan storan 100GB di Google One selama enam bulan dan 1+1 tahun jaminan lanjutan pada peranti premium baharu.

Sumber