vivo lancar V29 5G dengan fungsi Cahaya Aura terbaik

vivo lancar V29 5G dengan fungsi Cahaya Aura terbaik

vivo melancarkan telefon pintar V29 5G dengan memperkenalkan Cahaya Aura 2.0.

vivo melancarkan telefon pintar V29 5G dengan memperkenalkan Cahaya Aura 2.0.

SECARA rasminya vivo melancarkan telefon pintar V29 5G dengan memperkenalkan Cahaya Aura 2.0 yang bakal memperkukuhkan kedudukan jenama itu sebagai lambang telefon pintar fotografi potret.

Dengan Cahaya Aura 2.0, ia disesuaikan dengan ciri yang telah dipertingkatkan dan menyepadukan nada hangat dan sejuk serta menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pencahayaan sekeliling keadaan.

Bukan itu sahaja, ciri berkenaan juga secara automatik akan memperhalusi ton muka subjek untuk mengekalkan warna kulit mereka kelihatan semula jadi dan sempurna, walaupun pencahayaan berubah.

vivo V29 5G dengan Cahaya Aura 2.0 merupakan pencahayaan terbesar setakat ini dalam siri V kerana penghasilan cahayanya seimbang dan lengkap 360 darjah serta mampu mengembang kepada 15.6 milimeter (mm).

Dalam pada itu, telefon pintar itu juga menampilkan skrin melengkung yang diperkemas dengan peralihan lancar daripada permukaan licin dan halus sehingga ke bingkai.

Siri v itu memiliki ketebalan 7.46 mm dengan berat ‘feather light’ 186 gram (g) dan ia menawarkan reka bentuk menarik secara visual serta cengkaman yang selesa.

vivo V29 5G dijual pada harga bermula RM1,899 untuk 256GB storan dan RM2,099 (512GB).

vivo V29 5G dijual pada harga bermula RM1,899 untuk 256GB storan dan RM2,099 (512GB).

Selain itu, vivo V29 5G dilengkapi dengan sistem cip Qualcomm Snapdragon 778G dan dipadankan dengan 12GB RAM sehingga 512GB storan.

Telefon pintar penuh keunggulan serba baharu ini didatangkan dengan kamera 50MP OIS Ultra-sensing dan 50MP kamera selfie pada kamera hadapan.

vivo V29 5G dilengkapi bateri berkapasiti 4,600mAh dan pengecasan pula menyokong kuasa FlashCharge 80W. Hanya dalam tempoh 18 minit ia boleh mengecas bateri peranti sebanyak 50 peratus.

Menariknya, telefon berkenaan menawarkan dua warna yang mempesonakan iaitu Starry Purple dan Noble Black yang mana kedua-duanya mempamerkan gabungan unik keanggunan dan kehalusan serta kesegaran.

Model telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1,899 untuk 256GB storan dan RM2,099 (512GB).

Sumber