Viu Malaysia dan Hotlink membawakan dokumentari mengenai hidup Johan Ishak A.K.A Joe Flizzow

Viu Malaysia dan Hotlink membawakan dokumentari mengenai hidup Johan Ishak A.K.A Joe Flizzow

Hotlink telah menghadirkan dokumentari autobiografi ‘This is Johan’ bersama Universal Music Group dan Viu. Dibahagikan kepada dua bahagian yang berasingan, dokumentari ini merakam perjalanan evolusi Joe Flizzow dalam arena muzik tempatan, menggambarkan perjalanan rapnya dan perjuangan untuk membentuk genre hip-hop di Malaysia.

Dokumentari tersebut telah mencatat kisah asal Johan Ishak sebelum dikenali di kalangan ramai sebagai Joe Flizzow. Filem tersebut mempamerkan titik peluh, kejayaan, kejatuhan dan semangat #BikinSampaiJadi Joe Flizzow yang telah dan masih memberi inspirasi kepada peminat-peminat tempatan serta pengikut hip-hop sehingga kini.

Kolaborasi tiga pihak antara Hotlink, UMG, dan Viu telah ditubuhkan sebagai usaha untuk memperkukuhkan perkembangan industri muzik di Malaysia dan memberi inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka dalam bidang diceburi masing-masing.

“Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu untuk golongan belia, kami amat teruja untuk menggunakan peluang istimewa ini dengan mempamerkan semangat #BikinSampaiJadi sebagai inspirasi kepada warga belia untuk mencapai impian mereka,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Konsumer Hotlink di Maxis.

Joe Flizzow yang juga telah mewakili Hotlink sebagai salah seorang duta sejak 2022 telah berkongsi pengalaman bahawa proses perfileman dokumentari ini telah dirakam secara santai.

“Harapan saya untuk dokumentari ini tidak terhad kepada catatan kisah kerjaya saya, tetapi juga sebagai inspirasi kepada bakal artis untuk membara semangat dan merangkul kejayaan masing-masing. Untuk saya, ia adalah proses “menang atau belajar” – tiada istilah seperti kalah, tetapi belajar. Saya ingin penonton untuk melihat pengalaman manis dan pahit saya dan rasa bersemangat untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran yang mereka akan hadapi. Percayalah, moment 5am inilah yang akan membentuk anda untuk menjadi seorang legenda kelak,”

“Dokumentari ini menawarkan pandangan unik dalam kehidupan seseorang artis yang tidak sahaja melakarkan impak dalam industri muzik tempatan, tetapi juga perjuangan untuk memperolehi tempat dalam industri ini. Dokumentari ini mempunyai sesuatu untuk semua para penonton, baiklah peminat hip-hop ataupun seorang yang gemar kisah-kisah tentang daya tahan terhadap cabaran hidup dan kretiviti,” tambah pemuzik rap tersebut.

“Kami teruja untuk berkongsi dokumentari ini dengan memberi peluang untuk para penonton untuk menonton kisah perjalanan Joe Flizzow yang menakjubkan serta kemeriahan industri muzik di Malaysia. Kisah pengalaman Joe sejak permulaan beliau dalam industri muzik ini adalah bukti daripada ketekunan, titik peluh beliau dan juga keupayaan transformasi hasil seni seperti muzik,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Bermula hari ini, 29 Februari 2024, dokumentari ‘This is Johan’ akan disiarkan secara khas di laman penstriman Viu. Para pengguna Hotlink boleh memperolehi kod percuma sebulan Viu Premium daripada Hotlink app untuk menonton kedua-dua bahagian dokumentari ‘This is Johan’.