Vasskan Aidilfitri Bersama Safi #SafiRayaSupaVass

Vasskan Aidilfitri Bersama Safi #SafiRayaSupaVass

SHAH ALAM – Syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff yang baharu dengan pembungkusan berona biru muda sedia membantu wanita berhijab tampil lebih selesa, wangi sepanjang hari dan Supa Vass di Hari Raya.

Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi, Kazlina Mohd Kassim berkata, kelebihan utama syampu Supa biru itu ialah mampu mengatasi masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala dan keguguran rambut yang khusus dialami wanita berhijab.

Tambahnya, ia dilengkapi dengan Kuasa Supa 11 dalam 1 yang bukan sahaja berkesan mengatasi tiga masalah utama, malah dapat memberi rasa berangin yang mengagumkan dan rambut yang lembut selepas cuci.

“Kandungan wangian eksklusif Parfum Bloom di dalam rangkaian syampu itu pula dihasilkan istimewa oleh pakar minyak wangi bertaraf antarabangsa yang mampu mengekalkan haruman sehingga 72 jam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah Kazlina, sambutan Aidilfitri lebih bermakna di samping keluarga yang tercinta sekiranya rambut yang sihat digandingkan dengan wajah cerah berseri melalui penggunaan Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum.

Produk keluaran Safi.

Produk keluaran Safi.

Jelasnya, serum yang diformulasi dengan 100x Vitamin C dan lima peratus Niacinamide terbukti secara saintifik dapat membantu tiga kali mencerahkan kulit agar wajah kelihatan cerah berseri, bebas bintik hitam dan jeragat.

“Pihak pengguna mampu menjadikan diri mereka kelihatan VASS dan ‘vogue’ tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar menerusi penggunaan rangkaian produk Safi yang berkualiti tinggi serta diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya, Safi turut mempersembahkan video Youtube #SafiRayaSupaVass berjudul Jodoh Syafiderella yang bertemakan musikal raya.

Video tersebut dibintangi barisan selebriti terkemuka tanah air seperti Kilafairy, Sofea Shra, Aniq Suhair, Jaja Iliyes dan Ainaa Azhari.

Video Youtube #SafiRayaSupaVass berjudul Jodoh Syafiderella yang bertemakan musikal raya.

Video Youtube #SafiRayaSupaVass berjudul Jodoh Syafiderella yang bertemakan musikal raya.

“Video ini diinspirasikan oleh kisah ‘Cinderella’ versi moden yang menceritakan kisah seorang gadis bernama Syafi. Beliau dibantu oleh Safi Vass Supastar yang menjadikan Aidilfitrinya serba Vass namun kecemburuan dan ketidaksenangan hati sepupu tirinya terserlah apabila jejaka idaman mereka menunjukkan minat kepada Syafi.

“Adakah Syafi berjaya menghadapi segala cabaran dalam misi menambat hati si jejaka idaman kalbu Aidilfitri ini? Saksikan gelagat mereka yang mencuit hati menerusi video#SafiRayaSupaVass: Jodoh Syafiderelladi di pautan http://bit.ly/3nBOpvL,” ujarnya.

Tambah Kazlina, sempena musim perayaan, pelanggan yang membuat pembelian produk Safi bernilai RM15 ke atas akan diberikan hadiah menarik berupa syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff 70 gram (g) atau Safi Perfect White Brightening Mask 17 mililiter (ml) secara percuma.

Sementara itu, katanya, pembelian sebanyak RM35 dan ke atas pula membolehkan pelanggan membawa pulang Safi Bekas Raya Vass dengan empat warna berbeza.

“Cantik menghiasi meja makan, kumpulkan kesemua bekas raya vass ini yang boleh didapati di pasar raya utama berhampiran anda sekarang,” katanya.

Sumber